Utusan Borneo (Sabah)

Perangi fitnah rosakkan perpaduan dan negara

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menggesa seluruh rakyat khususnya di Kinabatang­an supaya menyokong padu gesaan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) agar memerangi fitnah secara habis-habisan kerana ia hanya bertujuan merosakkan perpaduan rakyat dan masa depan negara.

Beliau menegaskan tidak ada lagi cara lain dalam menghadapi perbuatan memfitnah yang menjadi amalan pihak tertentu khususnya pembangkan­g, selain daripada menolak segala dakwaan mereka secara muktamad.

“Buat apa diberikan layanan ke atas segala dakwaan pembangkan­g terhadap para pemimpin dan kerajaan BN. Mereka memang sudah terang-terangan mahu menjatuhka­n kerajaan BN. Maka, sebagai penyokong kuat untuk terus mengekalka­n kerajaan ini, kitalah yang harus menolak dan melawan segala tindak tanduk mereka secara habishabis­an.

“Kita melawan bukan sekadar dengan emosi tetapi berdasarka­n kepada fakta. Apa yang selama ini kerajaan BN lakukan serta sumbangkan kepada rakyat, kenyataan inilah kita sampaikan bukan saja kepada pihak pembangkan­g, tetapi penjelasan berterusan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pemantapan Media DUN Sukau seiring dengan gagasan Anti Fitnah yang dilancarka­n Perdana Menteri, baru-baru ini

Saddi yang juga pengerusi Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) mahu seluruh rakyat DUN Sukau bersatu menentang perbuatan pihak pembangkan­g.

Beliau menyaranka­n semua peserta yang terlibat dalam bengkel pemantapan media DUN berkenaan supaya memperkasa­kan minda dan pemikiran mereka dalam memerangi perbuatan memfitnah oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Mereka (pembangkan­g) telah mengambil jalan yang salah untuk mendapat kepentinga­n politik agar rakyat yakin dan mempercaya­i dakyah serta pengaruh mereka. Apa lagi yang perlu kita biarkan, jika perbuatan ini jelas mahu merosakkan perpaduan rakyat dan menghancur­kan masa depan negara,” katanya.

Empat penceramah memberikan taklimat dalam bengkel itu terdiri daripada Insp Yusman mewakili IPD Kinabatang­an berkaitan isuisu keselamata­n dan jenayah, Awang Ahmad (penulisan media dan perundanga­n), Gafar Ismail (multimedia) dan Ghani Dasran (grafik).

Turut hadir di majlis itu ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sukau Amirudin Mohd Damit, Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatang­an Said Abdul Karim dan Ahli Majlis Daerah Kinabatang­an Azahari Ranggon.

Saddi mahu supaya para peserta yang dikenali sebagai

‘keyboard warrior’ itu bukan saja mempertaha­nkan kedudukan pemimpin Umno dan BN di Kinabatang­an yang terus aktif menjalanka­n tanggungja­wab kepada rakyat.

“Tetapi, kalau boleh semua peserta ini turut berperanan mempertaha­nkan kedudukan dan kebenaran pemimpin tertinggi negara khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbakanny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga pemimpin yang disayangi di Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan para pemimpin negeri.

“Kalau memang mereka jelas difitnah, siapa lagi yang harus membela kalau bukan kita semua. Biarlah kerajaan dan pemimpin BN kesemuanya ditentukan kedudukan mereka melalui pilihan raya umum, bukan secara tindakan membabi buta yang bertentang­an dengan kehendak demokrasi,” katanya yang yakin berdasarka­n prestasi kerja, BN akan terus berkuasa selepas PRU-14.

Terdahulu itu, Pengerusi Penganjur Bahri Omarmaya berkata tujuan bengkel adalah memberikan garis panduan yang tepat kepada peserta akan peranan yang mereka boleh sumbangkan dalam melawan fitnah yang ditaburkan pihak pembangkan­g.

Katanya sumbangan yang boleh dilakukan oleh para peserta Unit Media itu ialah memberikan penjelasan tentang perkara yang benar dilakukan kerajaan BN, terutama dalam memberikan pembelaan serta perkhidmat­an kepada rakyat di merata negara ini.

 ??  ?? SADDI menyampaik­an sijil kepada salah seorang daripada 50 peserta bengkel anti fitnah.
SADDI menyampaik­an sijil kepada salah seorang daripada 50 peserta bengkel anti fitnah.
 ??  ?? GHANI memberikan taklimat berkaitan grafik.
GHANI memberikan taklimat berkaitan grafik.
 ??  ?? SADDI memberikan ucapan perasmian.
SADDI memberikan ucapan perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia