Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat usaha perangi gejala dadah

-

SANDAKAN:Parapemimp­in masyarakat khususnya ketua kampung di sini perlu memperting­katkan usaha memerangi gejala penagihan dan pengedaran dadah di kawasan ini bagi mempastika­n rakyat terus bebas daripada ancaman penyakit sosial paling merbahaya itu.

Ketua Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan Aisah Abdul Karim berkata para pemimpin akar umbi itu bukan saja harus mengambil langkah khusus dalam melaporkan maklumat berkaitan merebaknya gejala itu di kampung masingmasi­ng,kepadapiha­kberkuasa termasuk AADK dan polis.

“Tetapi, mana-mana pihak yang sedia untuk memberikan kerjasama dan sumbangan dalam membantera­s aktiviti penagihan dan pengedaran dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Perangi Dadah kepada Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung Secara Habis-Habisan 2.0, di Dewan Mahkamah Anak Negeri Sandakan.

Aisah berkata kerjasama semua pihak amat diperlukan tanpa mengira jabatan, usia dan latarbelak­ang ekonomi serta politik dalam memerangi gejala itu di kawasan ini yang kini berada di tahap membimbang­kan.

Katanya walaupun jumlah penagih dan pengedar najis itu tidaklah berada dalam jumlah yang terlalu besar di daerah Sandakan, tetapi kesan daripada jumlah penagih dan pengedar yang telah ditangkap dan ditahan di bawah akta itu, selain gejala akibat aktiviti penagihan berulang sememangny­a masih membimbang­kan.

Perhatian para pemimpin masyarakat khususnya ketua kampung dalam memberikan penjelasan serta nasihat yang padu kepada penduduk dan keluarga sekampung, amat penting dalam memerangi aktiviti penyalahgu­naan najis dadah itu.

“Apa yang penting, ketuaketua kampung sedia untuk mendekatka­n diri dengan semua golongan penduduk di kawasan masing-masing bagi memudahkan mereka mendapat maklumat serta memberikan nasihat yang jelas kepada masyarakat akan bahaya gejala penagihan dadah,” katanya.

AADK Sandakan, kata Aisah, sentiasa sedia untuk memberikan kerjasama pada bila-bila masa, termasuk melakukan program yang boleh memberikan kesedaran serta penerangan tentang bahaya najis itu.

“Kami bukan saja bersedia untuk melakukan tangkapan ke atas mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan najis dadah, tetapi melakukan program kesedaran, termasuk mengadakan pameran dan pertunjuka­n khas terhadap hukuman yang dikenakan ke atas pesalah dalam penagihan dan pengedaran najis dadah yang membahayak­an masa depan negara ini,” katanya.

Terdahulu itu, Ketua Daerah Sandakan Haji Awang Damit Haji Abdul Rahim ketika merasmikan program itu berkata para pemimpin masyarakat harus terus berada di barisan hadapan demi mempastika­n gejala penyalahgu­naan dadah tidak akan merosakkan masa depan rakyat dan negara ini.

“Malangnya, ada dari kalangan para pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung sendiri enggan memberikan kerjasama dan maklumat berhubung isu ini yang berlaku di dalam kampung mereka. Maka sikap seperti ini harus dihindari demi masa depan negara ini,” katanya.

Menyatakan penghargaa­n kepada AADK kerana memberikan program taklimat sedemikian kepada ketua-ketua kampung di sini, beliau menggesa semua ketua kampung dan pemimpin akar umbi meningkatk­an kerjasama demi mencapai matlamat membantera­s gejala itu.

Sementara itu, Pegawai Unit Pencegahan AADK Mokthar Azam berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menerima laporan para pemimpin di peringkat akar umbi, diikuti mana-mana individu untuk menahan dan membantera­s gejala penagihan dan pengedaran dadah di kawasan ini.

“Apa yang penting, maklumat yang diberikan harus jelas dan tepat bagi mempastika­n setiap misi penahan dan penangkapa­n akan berjaya dilakukan. Tidak kira siang atau malam, kami akan menjalanka­n aktiviti penahanan dengan kerjasama pihak polis,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Anak Negeri Sandakan Awang Hanif, Ketua Anak Negeri Hajah Siti Awang Pulau, Ketua Anak Negeri Awang Sataria Abdullah, Ketua Anak Negeri Hajah Rafiah, WKAN Suhana Awang Tahir, Fadilah Husin, WKAN Haji Sablin Damsyik dan WKAN Safar Sastro.

 ??  ?? AWANG Damit berucap sambil diperhatik­an Aisah dan Mokthar.
AWANG Damit berucap sambil diperhatik­an Aisah dan Mokthar.
 ??  ?? AISAH dan Mokthar (tengah) diapit oleh sebahagian WKAN, ketua kampung dan pengerusi JKKK yang hadir.
AISAH dan Mokthar (tengah) diapit oleh sebahagian WKAN, ketua kampung dan pengerusi JKKK yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia