Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa halang tugas penjawat awam

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.

Fadil Hanafi Ikin dan Mohd Akmal Ali, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Untuk itu, mahkamah menetapkan pada 8 Mac tahun ini sebagai sebutan semula kes terhadap keduadua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mereka didakwa menghalang seorang anggota polis daripada melakukan tugas, pada 20 Februari tahun ini jam 8.30 malam, di KampungLok­ub,Manggatal, di sini.

Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, mereka boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tiga bulan atau denda maksimum RM1,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n setiap tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan berkenaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suze@ Stephanie Kupit.

Sementara itu, seorang wanita warga asing dikenakan penjara lapan bulan dan denda RM3,500 atas kesalahan memiliki syabu seberat 3.96 gram.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nur Amnaiezarr­a Kassim, 29, selepas mengaku bersalah.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, penjara empat bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 27 Ogos tahun lalu jam 3.30 petang, di hadapan sebuah restoran, Likas Square, di sini.

Nur Amnaiezarr­a didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tempoh dua tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh ditangkap pada hari sama kerana berada dalam keadaan yang mencurigak­an.

Semasa diperiksa, pihak polis menjumpai enam paket kecil yang berisi hablur jernih disyaki dadah, dianggarka­n seberat 344 gram.

Setelah barang kes dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis, berat dadah adalah 3.96 gram, jenis Methamphet­amine.

Dalam rayuan, peguam P.J Perira memohon anak guamnya dikenakan hukuman yang ringan, kerana sudah berada dalam tahanan sejak dari tarikh tangkap.

Menurutnya, pengakuan salah tertuduh menjimatka­n masa mahkamah dan memohon, tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan pada 28 Mac tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Muhammad sabree Barik, 27, dan Mohammad Daud Dardie, 36, selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Peguam Luke Ressa Balang dan Goldam Hamid masingmasi­ng bertindak untuk Muhammad Sabree dan Mohammad Daud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia