Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang maut, motosikal langgar bas

Mangsa pesara JKR berasal dari Kg Maraba

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

“Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku apabila penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Pekan Beaufort menuju ke Kampung Maraba. DEPUTI SUPERINTEN­DAN AZMIR ABD RAZAK Ketua Polis Daerah Beaufort

BEAUFORT:Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentang­an lalu bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 4 Jalan Beaufort-Sipitang, malam Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Janial Matah, 60, seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) berasal dari Kampung Maraba Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku apabila penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Pekan Beaufort menuju ke Kampung Maraba.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dibawa mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentang­an sebelah kanan.

“Kejadian menyebabka­n motosikal berkenaan bertembung dengan sebuah bas yang datang dari arah Weston menuju ke Kota Kinabalu,” katanya.

Beliauberk­ataimpakke­malangan menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, pemandu bas dan penumpangn­ya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada mangsa yang gagal mengawal motosikaln­ya.

“Polis bagaimanap­un akan mengambil ujian sampel darah mangsa untuk menjalanka­n siasatan selanjutny­a,” katanya sambil menambah, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan patah di bahagian paha kanan selepas melanggar bahagian belakang sebuah kereta Perodua Viva di Kilometer 1.5 Jalan Beaufort-Sipitang.

Azmir berkata kejadian berlaku apabila kereta Perodua Viva dalam perjalanan keluar simpang One Beaufort dan menuju ke susur kanan jalan bagi memasuki laluan utama sebelum dilanggar motosikal yang datang dari laluan utama.

“Penunggang motosikal yang patah di bahagian paha kanan kemudianny­a dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan manakala pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN perubatan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Beaufort-Sipitang malam Isnin lalu.
PASUKAN perubatan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Beaufort-Sipitang malam Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia