Utusan Borneo (Sabah)

Adakan program penerangan kepada masyarakat: Limus

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Limus Jury (gambar) berharap lebih banyak jabatan danagensik­erajaanmen­gadakan program penerangan kepada masyarakat.

Katanya ia penting kerana menerusi pendekatan itu, ia dapat memberi maklumat tepat dan berkesan mengenai sesuatu program atau dasar kerajaan.

“Kepelbagai­an program serta usaha yang berterusan daripada agensi-agensi kerajaan adalah platform yang tepat dalam memperkena­lkan serta menyebar luas perkhidmat­an disediakan untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Program Gema Kasih @Komuniti Peringkat Negeri Sabah bagi Daerah Kuala Penyu, di sini, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah dengan kerjasama Pejabat Perhubunga­n Ahli Parlimen Beaufort, Pejabat Daerah Kuala Penyu, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penerangan.

Turut menjayakan­nya pemimpinma­syarakatte­rmasuk ketua kampung dan pengerusi JKKK Melampai, Gorowot, Kayul dan Menunggang.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Mohd Noor Wahab dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Abd Rahim Yakob.

Limus, dalam pada itu, menghargai sokongan semua pihak bagi menjayakan program berkenaan.

“Komitmen semua agensi strategik yang turut terlibat dalam menjayakan program ini serta semua pihak yang menyokong usaha dan program kerajaan seumpama ini amat disanjung tinggi,” katanya.

Beliau berkata program itu membantu menyebar luas perkhidmat­an Jabatan Kebajikan agar masyarakat lebih memahami dan mendapat manfaat daripadany­a.

Katanya ia sebagai satu strategi turun padang dan dekat di hati rakyat yang berfokus kepada masyarakat khususnya golongan sasar yang memerlukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia