Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan ‘Beaufort Colourful Run 2017’ dibuka

-

BEAUFORT: Orang ramai dijemput untuk menyertai Program Larian Beaufort Colourful Run 2017 sempena Kempen Cara Hidup Sihat peringkat Hospital Beaufort pada 15 April depan bermula jam 5 pagi di Kompleks Sukan Beaufort.

Menurut Pengarah Hospital Beaufort Dr Sutharsan a/l Kannan, program itu yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini menyasarka­n 200 penyertaan pada penganjura­n kali ini.

“Kami mengharapk­an penyertaan larian lebih ramai dan penyertaan berkeluarg­a amatlah digalakkan, kerana matlamat program ini adalah untuk mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sekaligus memberi kelainan dengan menggunaka­n elemen warna iaitu pelari akan bermandika­n dengan berbagai jenis warna warni yang tentu sekali akan memeriahka­n lagi larian ini,” katanya.

Larian dibahagika­n kepada dua kategori iaitu Larian 12km terbuka bagi lelaki dan wanita serta kategori veteran 40 tahun ke atas lelaki dan wanita. Manakala 5km pula adalah untuk larian fun run iaitu larian secara santai yang bertujuan menarik minat penyertaan berkeluarg­a dan orang ramai tanpa mengira peringkat umur.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM65 sahaja bagi Kategori 12km dan RM50 bagi ketegori 5km fun run. Namun rebat yuran penyertaan akan diberi bagi penyertaan berkumpula­n. Setiap peserta larian akan diberikan kemeja-T, medal, nombor BIB larian dan sijil penyertaan. Tarikh tutup penyertaan ialah 18 Mac 2017.

Johan larian 12km akan merangkul wang tunai RM500, naib johan RM300 dan ketiga RM150, manakal keempat dan kelima RM100 bagi setiap kategori.

 ??  ?? DR SUTHARSAN A/L KANNAN
DR SUTHARSAN A/L KANNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia