Utusan Borneo (Sabah)

Larangan merokok di taman awam dapat reaksi positif

- Oleh JAINUDIN NASIR

LARANGAN merokok di taman awam terus mendapat reaksi positif dan sokongan penduduk pelbagai lapisan masyarakat di daerah Ranau.

Ia sebagai respon mereka kepada penguatkua­saan pendidikan di seluruh negara bermula 1 Jun tahun ini, dengan mengenakan tindakan undang-undang ke atas manamana pihak yang didapati merokok di taman-taman awam dengan kompaun RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Beberapa orang yang ditemui berkata beberapa tahun dahulu, pihak Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah menguat-kuasakan larangan merokok di beberapa kawasan.

Iaitu, kawasan sekolah, permis kerajaan, kedai berhawa dingin, dalam kenderaan awam, lapangan terbang, pawagam, kompleks beli-belah, stesen minyak dan kompleks sukan.

Kini larangan diperluask­an lagi di taman awam, yang perlu diberi sokongan dan kerjasama padu kerana ia bertujuan melahirkan warga negara Malaysia yang sihat sepanjang hayat.

“Saya rasa larangan itu harus dfipatuhi kerana asap rokok lebih berbahaya kepada mereka yang tidak pernah merokok,” kata Aramat Mijol, 63, dan Oredy Rudin, 57, dari Kg Napong 1.

Sementara itu, beberapa pelajar sekolah menengah yang turut ditemui, Faeizah Floyd, 17, dari SMK Lohan dan Siti Aini Wapin, 17, juga dari SMK Lohan masingmasi­ng menyokong larangan merokok di kawasan taman awam kerana menurut mereka merokok adalah membahayak­an kesihatan.

“Kami pun menyokong penuh supaya larangan merokok di taman awam dikuatkuas­akan kerana merokok hanya satu pembaziran,” kata Siti Jaleha Jiman, 38, dari Kg Matupang Ranau dan rakannya Yasmin Yussuf, 36, dari Kg Libang.

Beberapa ahli Pasukan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) yang ditemui turut menyokong pelaksanaa­n larangan itu demi untuk kesihatan awam.

Rosnita Ahmad, 30, dari Kg Lasing mengalu-alukan inisiatif pihak berkuasa untuk memperluas­kan skop atau pewartaan larangan kawasan merokok bagi menjaga kesihatan awam tanpa mengira usia, suku kaum dan agama.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli PSKS turut menyokong larangan merokok di taman awam.
SEBAHAGIAN ahli PSKS turut menyokong larangan merokok di taman awam.
 ??  ?? FAEIZAH (kanan) dan Siti Aini turut menyokong pewartaan kawasan larangan merokok di taman awam.
FAEIZAH (kanan) dan Siti Aini turut menyokong pewartaan kawasan larangan merokok di taman awam.
 ??  ?? YASMIN
YASMIN
 ??  ?? ROSNITA
ROSNITA
 ??  ?? OREDY
OREDY
 ??  ?? SITI JALEHA
SITI JALEHA
 ??  ?? ARAMAT
ARAMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia