Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan undang-undang wajar

Penguatkua­saan penting untuk disiplin orang ramai

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Orang ramaiberpe­ndapattind­akan undang-undang yang akan dikenakan ke atas pihak yang didapati merokok di taman awam dengan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun adalah wajar.

Tindakan tegas itu akan dilaksanak­an pada 1 Jun tahun inii dan berita itu menerima sokongan yang baik daripada masyarakat awam.

Undang-undang itu bukan sahaja untuk kebaikan kesihatan kepada perokok tegar tetapi juga mereka yang tidak merokok.

Jackson Moo berpendapa­t tindakan undang-undang itu wajar memandangk­an ramai dalam kalangan perokok tegar masa kini merokok sesuka hati di kawasan taman awam dan ia mengganggu mereka yang tidak merokok.

“Sebagai contoh, apabila kita melakukan aktiviti sukan seperti berjoging pada waktu petang, terdapat juga mereka yang sudah berjoging tetapi duduk di tepi laluan untuk merokok.

“Ini membahayak­an kesihatan bagi mereka yang sedang berjoging,” katanya.

Katanyatam­anawamadal­ah satu kawasan yang perlu dilindungi dan perlu bebas daripada sampah serta asap yang boleh mencemarka­n suasana.

Adalah wajar kerajaan mengenakan tindakan undang-undang itu kepada semua pihak agar tidak ada yang merokok di kawasan taman awam, katanya.

Enddy Madais turut berpendapa­t larangan itu sangat berpatutan memandangk­an lokasi itu sepatutnya dijadikan kawasanunt­ukmenenang­kan fikiran dan melepaskan tekanan tanpa diganggu oleh asap rokok.

“Asap rokok ini boleh membahayak­an kesihatan kita dan juga orang lain yang sedang berehat di kawasan taman awam.

“Lagipun, kawasan taman awam ini sememangny­a menjadi ikon kepada industri pelanconga­n Sabah, dan tindakan kerajaan untuk mendisipli­nkan para perokok tegar adalah wajar,” katanya.

Sementara itu, Tynajavovi­cky Lee berpendapa­t larangan itu juga membawa kebaikan kepada kawasan taman awam khususnya dari segi kebersihan.

“Tanpa perokok di taman awam, maka puntung rokok juga tidak akan mengotorka­n kawasan itu.

“Keadaan itu juga boleh mengurangk­an risiko kebakaran memandangk­an kadang-kadang kebakaran di sesuatu tempat disebabkan puntung rokok yang dibuang sesuka hati,” katanya.

Menurutnya pencemaran udara di kawasan taman awam disebabkan asap rokok juga tidak sihat sekiranya ramai kanak-kanak yang turut hadir di kawasan itu untuk melakukan aktiviti senaman.

Mary Yan Augustine turut bimbang sekiranya larangan seumpamany­a tidak dilaksanak­an, maka taman awam akan kurang mendapat kunjungan daripada ibu bapa kerana takut anak-anak mereka berhadapan risiko kesihatan.

“Apa yang penting sekarang adalah semua pihak perlu sedar bahawa pencemaran udara perlu dielakkan.

“Selain pengeluara­n asap kereta, industri, pembakaran terbuka yang perlu dielakkan pada zaman kini, asap dari rokok juga adalah salah satu penyumbang kepada pencemaran udara,” katanya.

Katanya pencemaran seumpamany­a adalah penyumbang­kepadamasa­lah kesihatan seperti sesak nafas, paru-paru dan sebagainya.

 ??  ?? ENDDY
ENDDY
 ??  ?? JACKSON
JACKSON
 ??  ?? TYNAJAVOVI­CKY
TYNAJAVOVI­CKY
 ??  ?? MARY
MARY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia