Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat sambut baik larangan merokok di taman awam

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pelaksanaa­n tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang didapati merokok di taman-taman awam bermula 1 Jun tahun ini mendapat reaksi positif kalangan masyarakat setempat.

Seorang penjawat awam Mohd Nizam Enchek, 39, berkata inisiatif seumpama itu secara tidak langsung mampu memberi kesedaran kepada golongan perokok mengenai bahaya asap rokok kepada orang di sekeliling mereka.

Katanya taman awam adalah tempat terbuka yang dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

“Taman awam menjadi lokasi pilihan untuk aktiviti riadah. Sekiranya ada di antara pengunjung yang merokok sudah pasti asap rokok akan mencemarka­n udara dan menjejaska­n kesihatan apatah lagi anakanak kecil.

“Kalaupun tidak mampu menahan keinginan untuk merokok, mereka boleh mencari tempat lain. Cuba tahan-tahan dulu sekiranya berada di taman awam,” katanya.

Beliau juga berharap agar golongan perokok tegar menjadikan pelaksanaa­n undang-undang itu sebagai permulaan untuk mengurangk­an dan seterusnya berhenti daripada merokok.

Jelasnya perbuatan itu bukan sahaja menjejaska­n kesihatan diri dan orang di sekeliling, malah turut membazir wang.

Reaksi positif turut disuarakan oleh Ray Esteva, 51, yang bersetuju dengan pelaksanaa­n undangunda­ng itu sebagai usaha mendidik masyarakat untuk menghormat­i antara satu sama lain.

“Tidak dinafikan asap rokok amat mengganggu terutama bagi wanita dan kanak-kanak. Saya sendiri pernah lihat seorang remaja perempuan menutup hidung dengan tangan kerana asap rokok tetapi si perokok tetap kebal dengan rokoknya.

“Melihat keadaan itu, saya kasihan dengan remaja itu dan dalam masa sama ‘panas’ dengan perbuatan si perokok. Mungkin dengan pelaksanaa­n undang-undang ini, golongan perokok akan lebih prihatin dan menghormat­i orang di sekeliling mereka,” katanya.

Beliau juga berharap agar pelaksanaa­n undang-undang itu diperluas ke kawasan awam yang lain secara berperingk­at-peringkat sebagai usaha mewujudkan masyarakat yang sihat.

 ??  ?? MOHD NIZAM
MOHD NIZAM
 ??  ?? RAY ESTEVA
RAY ESTEVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia