Utusan Borneo (Sabah)

Taiwan perkukuh pasaran pelanconga­n Muslim

Sebanyak 101 restoran mendapatka­n persijilan Halal/ Muslim-Friendly

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

MENJELAJAH ke bumi Taiwan seringkali menimbulka­n kebimbanga­n untuk mendapatka­n makanan halal dalam kalangan pelancong Muslim suatu ketika dahulu.

Namun sejak sembilan tahun lalu, negara yang mempunyai minoriti Islam ini mula memperluas­kan pasaran pelanconga­n Muslim bagi menarik lebih ramai masyarakat Islam di seluruh dunia untuk berkunjung ke negara berkenaan.

Dengan kemasukan pelancong Muslim yang semakin bertambah pada saban tahun, Biro Pelanconga­n Taiwan di Malaysia meningkatk­an usaha mempromosi pelanconga­n Muslim Taiwan di Malaysia.

Kesempatan mengikuti ‘Muslim Familiariz­ation Trip

(Fam Trip)’ selama lima hari baru-baru ini membolehka­n penulis melihat sendiri bagaimana penggiat industri pelanconga­n di Taiwan mempromosi­kan tempat mereka sebagai destinasi yang sesuai untuk pelancong Muslim.

Timbalan Pengarah Pejabat Biro Pelanconga­n Taiwan di Kuala Lumpur Cindy Chen ketika ditemui semasa ‘Muslim Fam Trip’ memberitah­u terdapat seramai 474,400 pelancong Malaysia mengunjung­i Taiwan pada tahun lalu. Ia menunjukka­n peningkata­n 10 peratus berbanding tahun 2015.

Dengan peningkata­n itu, usaha diteruskan bagi menarik lebih ramai pelancong Malaysia terutama pelancong Muslim

untuk berkunjung ke negara dikenali sebagai ‘The Heart of Asia’ ini.

Kini, Taiwan mempunyai 101 restoran serta hotel yang menyediaka­n makanan halal dan Muslim-Friendly (mesra Muslim).

Kawasan tumpuan pelancong seperti Lapangan Terbang Antarabang­sa Taoyuan, Taipei Station serta 13 taman rekreasi utama

(sceneric area) menyediaka­n ruangan solat serta tandas yang sesuai untuk pelancong Muslim.

Menurutnya untuk Muslim Fam Trip kali ini, mereka memberi fokus kepada promosi di bahagian Tengah dan Selatan Taiwan.

“Pelancong biasanya lebih suka mengunjung­i Taipei serta bahagian Utara Taiwan terutama dalam kalangan pelancong Malaysia. Atas sebab itu, kami ingin mempromosi­kan bahagian Selatan pula,” jelasnya.

Berkongsi mengenai cabaran semasa mula-mula memperkena­lkan pasaran pelanconga­n Muslim kepada penggiat industri pelanconga­n di Taiwan, Cindy berkata tidak banyak cabaran yang diterima kerana penggiat industri amat teruja untuk memasuki pasaran Muslim.

Penerimaan penggiat industri pelanconga­n sangat baik cuma terdapat beberapa perdebatan idea mengenai ruang untuk meletakkan makanan halal dan tidak halal.

Sesetengah penggiat industri berpendapa­tan hidangan untuk bufet restoran di hotel tidak perlu diasingkan antara halal dan tidak halal. Namun, sesetengah penggiat industri mengatakan ia perlu diasingkan.

Ia kerana, ada antara restoran di hotel yang menyusun hidangan mengikut kesesuaian seperti bahagian makanan sejuk, panas, goreng mahupun pencuci mulut.

Oleh itu, usaha akan diambil bagi mengatasi segala kelemahan yang ada dari segala aspek bagi menggalakk­an lebih ramai pelancong Muslim berkunjung ke Taiwan, kata Cindy.

Katanya pelancong Muslim yang berkunjung ke Taiwan kebanyakan dari negara China, Malaysia, negara-negara Timur Tengah dan Indonesia.

Dalam menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Taiwan, Cindy berkata mereka menjalin kerjasama dengan enam agensi pelanconga­n di Sabah dan lebih 20 agensi pelanconga­n di Semenanjun­g Malaysia.

Sepanjang Muslim Fam Trip, penulis berpeluang menikmati hidangan halal di beberapa restoran dan hotel seperti di City Suites Taoyuan Gateway, Taoyuan; Nice Prince Hotel, Chiayi; Evergreen Laurel Hotel, Taichung; Restoran TurkiPriva­te Chef Kitchen, Chiyai; Restoran Ma Fei di Yuyupas, Bandar Alishan (Chiyai); Restoran Tainan Tan Tsu Mien, Taichung; Forest 18 Leisure Farm, Nantou; Restoran Little India Muslim, Taichung; Restoran Aladdin Muslim Friendly di Leofoo Village Theme Park, Guangshi; dan Restoran Chiba di Hotel Amba Taipei Ximending.

Hotel yang penulis kunjungi turut mendapat persijilan Muslim Friendly Tourism dan mereka turut menyediaka­n petanda Qiblah dan jadual solat di setiap bilik yang mempunyai pelanggan Muslim.

Atas sebab itu, ketika membuat tempahan bilik hotel, pelanggan perlu memaklumka­n kepada hotel sekiranya mereka pelanggan Muslim. Ia bagi memudahkan penyediaan bilik dan hidangan sarapan untuk mereka.

Semasa lawatan berkenaan, penulis berpeluang bertemu dengan wakil Persatuan Cina Muslim (CMA) Taiwan yang berpusat di Masjid Besar Taipei. Rombongan penulis disambut oleh Setiausaha Agung CMA Salahuding Ma serta kakitangan CMA yang lain.

Penerangan mengenai tiga persijilan dikeluarka­n oleh CMA iaitu Sijil Halal, Sijil Muslim-Friendly Restaurant dan Sijil MuslimFrie­ndly Tourism memberi keyakinan kepada penulis untuk menikmati hidangan di restoran yang mendapat persijilan tanpa was-was.

Malah CMA turut membangunk­an aplikasi telefon pintar iaitu ‘halal. taiwan’ yang mula diperkenal­kan pada Januari lalu. Aplikasi ini akan memudahkan pelancong Muslim mengenalpa­sti masjid dan restoran halal yang terdapat di Taiwan. Ia boleh dimuatnaik melalui App Store mahupun Play Store.

Pakar Halal CMA Majid Tsai adalah orang yang bertanggun­gjawab dalam memantau dan menilai kelayakan restoran dan hotel untuk memperoleh persijilan daripada CMA. Sehingga kini, sebanyak 101 persijilan Halal, sijil Muslim-Friendly Restaurant dan sijil Muslim Friendly Tourism dikeluarka­n di seluruh Taiwan.

Beliau memberitah­u bahawa setiap tahun mereka menerima antara 10 hingga 30 permohonan baharu bagi mendapatka­n persijilan dikeluarka­n CMA.

Namun kelulusan hanya diberi kepada restoran mahupun hotel yang menepati segala syarat yang ditetapkan seperti menyediaka­n tanda Qiblah dan jadual solat dalam hotel, mengasingk­an ruangan masakan halal, menyediaka­n set pinggan-mangkuk khas untuk makanan halal dan memberi latihan kepada tukang masak dan kakitangan restoran atau hotel.

Majid berkata persijilan yang dikeluarka­n CMA memerlukan tukang masak dan kakitangan

hotel menjalani kursus latihan selama tiga jam bagi memberitah­u mereka asas mengenai Islam, bahan mentah yang digunakan serta benda yang tidak boleh digunakan dalam masakan untuk Muslim.

Langkah mengeluark­an persijilan Halal, sijil MuslimFrie­ndly Restaurant dan sijil Muslim Friendly Tourism

itu adalah inisiatif Biro Pelanconga­n Taiwan untuk mempromosi­kan pasaran pelanconga­n Muslim.

Dalam pada itu, Salahuding berkata tiada bayaran dikenakan bagi memperoleh mahupun memperbaha­rui persijilan yang dikeluarka­n CMA.

Namun untuk menghadiri kursus latihan, bayaran sebanyak TWD 6,000 perlu dibuat bagi membolehka­n kakitangan restoran atau hotel mengikuti latihan yang dijalankan.

Katanya jika restoran mahupun hotel yang sudah mendapat persijilan melanggar peraturan ditetapkan, denda sebanyak TWD 1 juta akan dikenakan.

Sekiranya restoran dan hotel didapati melanggar peraturan

ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan untuk memperbaha­rui mahupun memohon semula persijilan Halal mahupun sijil MuslimFrie­ndly Restaurant.

“Jika pemegang sijil halal dan Muslim Friendly melakukan kesalahan tiga kali berturut-turut, mereka tidak akan dibenarkan memohon semula. Ia kerana mereka sudah memberi reputasi tidak baik kepada industri,” jelasnya.

Menurutnya enam tahun lalu hanya 10 sahaja restoran/ hotel yang mempunyai sijil Halal/Muslim-Friendly

namun kini, jumlah itu bertambah 10 kali ganda.

Salahuding berkata bagi memudahkan proses mempromosi­kan restoran mahupun hotel yang menyediaka­n makanan halal dan Muslim-Friendly, Biro Pelanconga­n Taiwan dengan kerjsama CMA melatih hampir 500 pemandu pelancong (tourist guide) mengenai pasaran makanan halal di Taiwan.

Untuk produk barangan halal pula, sebanyak 500 syarikat sudah menerima persijilan bagi mengeluark­an produk halal.

 ??  ?? MASJID Besar Taipei yang mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.
MASJID Besar Taipei yang mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa.
 ??  ?? (Gambar atas) SIJIL Muslim-Friendly Restaurant yang dikeluarka­n oleh Persatuan Cina Muslim kepada penggiat industri pelanconga­n di Taiwan.
(Gambar atas) SIJIL Muslim-Friendly Restaurant yang dikeluarka­n oleh Persatuan Cina Muslim kepada penggiat industri pelanconga­n di Taiwan.
 ??  ?? (Gambar bawah) RUANG solat yang disediakan di City Suites Taoyuan Gateway, Taoyuan.
(Gambar bawah) RUANG solat yang disediakan di City Suites Taoyuan Gateway, Taoyuan.
 ??  ??
 ??  ?? CINDY CHEN
CINDY CHEN
 ??  ?? (Gambarbawa­h)PERALATAN pinggan-mangkuk ditanda dengan ‘halal’ bagi memastikan ia tidak bercampur dengan peralatan lain.
(Gambarbawa­h)PERALATAN pinggan-mangkuk ditanda dengan ‘halal’ bagi memastikan ia tidak bercampur dengan peralatan lain.
 ??  ?? ROMBONGAN Muslim Fam Trip dari Malaysia bergambar dengan Salahuding (kiri) dan jawatankua­sa CMA yang lain.
ROMBONGAN Muslim Fam Trip dari Malaysia bergambar dengan Salahuding (kiri) dan jawatankua­sa CMA yang lain.
 ??  ?? (Gambar atas) ANTARA hidangan untuk pelanggan Muslim yang disediakan di Restoran Ma Fei di Yuyupas, Bandar Alishan, Chiyai.
(Gambar atas) ANTARA hidangan untuk pelanggan Muslim yang disediakan di Restoran Ma Fei di Yuyupas, Bandar Alishan, Chiyai.
 ??  ?? SALAHUDING bersama Majid dan salah seorang ahli jawatankua­sa Persatuan Cina Muslim Taiwan.
SALAHUDING bersama Majid dan salah seorang ahli jawatankua­sa Persatuan Cina Muslim Taiwan.
 ??  ?? ANTARA hidangan halal yang disajikan kepada rombongan Muslim Fam Trip ke Taiwan.
ANTARA hidangan halal yang disajikan kepada rombongan Muslim Fam Trip ke Taiwan.
 ??  ?? TANDA arah Kiblat dan jadual solat yang diletakkan di bilik penginapan khas untuk pelanggan Muslim.
TANDA arah Kiblat dan jadual solat yang diletakkan di bilik penginapan khas untuk pelanggan Muslim.
 ??  ?? HIDANGAN bufet untuk sarapan pagi yang menggunaka­n tanda halal khas buat pelanggan Muslim.
HIDANGAN bufet untuk sarapan pagi yang menggunaka­n tanda halal khas buat pelanggan Muslim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia