Utusan Borneo (Sabah)

Latihan kebakaran beri kesedaran warga SK Pantai

Seramai 610 warga sekolah terlibat latihan dan demonstras­i

-

SERAMAI 610 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah terlibat dengan latihan kebakaran dan demonstras­i keselamata­n di Padang Bola Sepak SK Pantai, baru-baru ini.

Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin berkata latihan keselamata­n dan kebakaran itu adalah hasil kerjasama antara pihak Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Labuan dengan SK Pantai.

Katanya latihan kebakaran merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun sebagai persediaan sekiranya terjadi insiden kebakaran yang sebenar di sekolah.

“Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.

“Latihan kebakaran ini juga diadakan untuk melatih murid-murid supaya bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah dengan berkumpul di padang sekolah,” katanya.

Semasa sesi latihan itu, AJK disiplin akan memastikan semua murid berkumpul pada tempat yang telah ditetapkan.

Guru kelas masing-masing akan mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas atau di dalam sekolah.

Menurut Penolong Pegawai Penguasa Bomba Pain Muzal matlamat utama latihan kebakaran kali ini adalah untuk memberi pengetahua­n dan pendedahan kepada warga sekolah khususnya kepada guru-guru tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamat­kan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan­nya.

Salah satu misi Bahagian Keselamata­n Kebakaran Cawangan Labuan adalah memastikan bangunan kerajaan terutamany­a sekolah sentiasa bersiap siaga serta tahu tatacara prosedur keselamata­n bangunan apabila berlaku kes kecemasan terutamany­a kebakaran atau sebarang malapetaka yang boleh berlaku di sekolah.

Selain itu, program sedemikian dapat memenuhi sasaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dalam memastikan setiap sekolah terhindar daripada bahaya kebakaran.

Malah program itu dapat mengeratka­n silaturahi­m di antara Jabatan Bomba, warga sekolah dan Jabatan Pendidikan Labuan.

Program itu juga memaparkan anggota pegawai bomba wanita yang turut serta dalam melaksanak­an latihan kebakaran yang dikenali sebagai Emergency Rescue Service (EMRS) iaitu bertanggun­gjawab memberikan rawatan awal jika ada mangsa cedera.

Anggota badan itu telah diiktiraf oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia dalam kes kecemasan menyelamat mangsa cedera.

Kebakaran bangunan biasanya berlaku tanpa sebarang amaran dan menyebabka­n penghuni bangunan yang terbabit hanya mempunyai sedikit masa untuk bertindak sama ada untuk memadam kebakaran itu ataupun menyelamat­kan diri.

Selain itu, kebakaran biasanya boleh dikawal daripada merebak pada peringkat awal nyalaan sekiranya dikenal pasti dengan segera. Ia akan menjadi kritikal dan serius apabila berada di peringkat kemarakan dan peringkat kemarakan maksimum.

Pelaksanaa­n latihan kebakaran di sekolah memerlukan kerjasama dan sokongan seluruh warga sekolah. Ketertiban dalam pergerakan dari lokasi insiden ke tempat berhimpun dan pelaporan yang tepat menjadi kayu ukur kejayaan simulasi berkenaan.

“Kami berharap program latihan pihak sekolah ini dapat mencapai segala objektif sebagaiman­a yang telah digariskan,” katanya.

Oleh itu, langkah pencegahan terhadap risiko kebakaran merupakan kaedah yang paling efektif untuk mengelakka­n ancaman kebakaran. umpama pepatah mencegah lebih baik dari mengubati atau sediakan payung sebelum hujan.

Program itu turut dihadiri oleh Pegawai Bomba dan Kanan II Mohd Noor Johara; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Azlina Abdul Garip; Penolong Kanan Korikulum Abdul Kahar Abdul Rahim; Penolong Kanan Pendidikan Khas Halifah Salim; serta dua Pegawai Bomba, Suzanna Kibin dan Debra Abby Midi.

“Latihan kebakaran ini juga diadakan untuk melatih murid-murid supaya bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah dengan berkumpul di padang sekolah. MAHANI HUSSIN Guru Besar

 ??  ?? MANGSA yang cedera dibawa oleh pegawai bomba ke kenderaan EMRS sambil diperhatik­an oleh Pain.
MANGSA yang cedera dibawa oleh pegawai bomba ke kenderaan EMRS sambil diperhatik­an oleh Pain.
 ??  ?? ANGGOTA bomba wanita bahagian EMRS yang bertanggun­gjawab memberikan rawatan awal jika ada mangsa cedera.
ANGGOTA bomba wanita bahagian EMRS yang bertanggun­gjawab memberikan rawatan awal jika ada mangsa cedera.
 ??  ?? MURID tahun enam bergambar kenangan bersama Mahani dan Pain selepas sesi mengenali kenderaan bomba penyelamat.
MURID tahun enam bergambar kenangan bersama Mahani dan Pain selepas sesi mengenali kenderaan bomba penyelamat.
 ??  ?? SEORANG guru wanita, Azlina diberi peluang dalam latihan memadam api kebakaran.
SEORANG guru wanita, Azlina diberi peluang dalam latihan memadam api kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia