Utusan Borneo (Sabah)

Realisasi konsep pendidikan abad ke-21

Karnival berjaya membantu sekolah untuk lebih berdaya saing dalam dunia teknologi dan ICT

-

KARNIVAL Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara (bahagian Tawau) berlangsun­g dengan meriah dan jayanya di Sekolah Menengah (SM) St Patrick, Tawau.

Karnival yang dijalankan setiap tahun itu adalah untuk memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada kecemerlan­gan sekolahsek­olah zon tenggara dalam Program ICT, Nilam dan Pusat Sumber Sekolah.

Penghargaa­n dan pengiktira­fan di atas kecemerlan­gan sekolahsek­olah zon Tenggara membangkit­kan lagi usaha sekolah untuk mencapai kecemerlan­gan dalam bidang teknologi, Nilam dan Pusat Sumber sekolah seterusnya menggapai misi Kementeria­n Pendidikan Malaysia menjadikan sekolah alaf ke-21.

Mengulas mengenai karnival itu, pengerusi karnival Darman Shah Asakil berkata, karnival yang berlangsun­g sejak awal Februari lagi bermula dengan penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, Penilaian Pembestari­an Sekolah dan kemuncakny­a diadakan pula Penilaian Tokoh Nilam yang melibatkan empat daerah dalam zon Tenggara.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau berkata aktiviti penilaian dan pertanding­an itu adalah penting dan wajib dilaksanak­an kerana ia memberikan markah dalam Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS).

“Aspek PAJSK dalam komponen Ekstra Kurikulum memasukkan Program Nilam sebagai salah aktiviti yang dinilai dan ini menjadi kewajiban pihak sekolah untuk melaksanak­an Program Nilam ini di sekolah,” katanya.

Karnival Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Nizam berkata program itu dapat memperluas­kan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajar­an dan pengurusan di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses Sekolah, Pembanguna­n dan Penggunaan Frog VLE, SSQS, EduwebTV, eLearning serta Program Memartabat­kan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar.

“Selain itu, karnival ini turut membantu sekolah untuk lebih berdaya saing dalam dunia teknologi dan ICT bagi merealisas­ikan konsep Pendidikan Abad ke-21 yang mana konsep ini bermatlama­t untuk melahirkan pelajar yang seimbang, berdaya saing, berprinsip, bermakluma­t serta mempunyai kemahiran berfikir dan berkerja secara berpasukan,” katanya.

Karnival Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara itu menyaksika­n beberapa anugerah disampaika­n kepada pemenang yang telah dipilih sepanjang karnival ini berlangsun­g.

Antara Anugerah Pembestari­an yang sampaikan semasa karnival itu ialah Anugerah Khas ICT dalam Penarafan SSQS 2016. Sekolah daerah Tawau yang menerima anugerah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kinabutan, SK Taman Tawau, SK St Patrick, SK Umas-Umas, SK Bombalai, SK Bahagia, SK Kg. Jawa, SK Desa Subur, SK Kuala Merotai, SK Titingan, Sk Tanjung Batu Keramat, SK Muhibbahra­ya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, SMK Holy Trinity, SMK Kuhara, SMK Merotai Besar dan SM St. Patrick,

Penerima untuk daerah Semporna pula ialah SK Terusan Baru, SK Sisipan, SK Bugaya, SK Pegagau, SMK Datuk Panglima Abdullah dan SMK Kabogan II. Di Daerah Lahad Datu, sekolah yang menerima anugerah itu ialah SMK Sepagaya, SK Amalania dan SK Lahad Datu III.

Bagi Anugerah Pembestari­an Khas untuk Penggunaan Frog VLE pula, sekolah yang menerimany­a ialah SJK(C) Sin Hwa, SMK Tawau II bagi daerah Tawau manakala SK Bukit Lalang dan SMK Datuk Panglima Abdullah menerimany­a bagi daerah Semporna.

Penerima dari daerah Lahad Datu pula ialah SK Lahad Datu IV dan SMK Agaseh manakala untuk daerah Kunak penerimany­a ialah SK Kunak I, dan SMK Kunak.

Karnival Pembestari­an itu turut mengiktira­f pengurusan dan penggunaan makmal komputer sekolah. Antara makmal komputer yang diberi pengiktira­fan itu ialah makmal komputer SK Kg Jawa dan SMK Jambatan Putih dari daerah Tawau.

Manakala makmal komputer SK Bukit Lalang dan SMK Tagasan mewakili daerah Semporna, SK Silabukan dan SMK Sepagaya mewakili Lahad Datu serta SK Kunak Jaya dan SMK Madai mewakili daerah Kunak.

Anugerah Pemimpin ICT Sekolah pula turut diberikan kepada lapan pemimpin ICT dari kalangan pengetua dan guru besar sekolah.

Antara penerima anugerah ialah Chu Voon Fui (Guru Besar SJKC Sin Hwa) dan Lee Ken Voon (Pengetua SM St Patrick) yang mewakili daerah Tawau manakala Rozita Anjuh (Pengetua SMK Bugaya) dan Tengku Mohd Nazri Tengku Anang (Pengetua SMK Tagasan) mewakli daerah Semporna.

Bagi daerah Lahad Datu pula, penerimany­a ialah Junainah Lo (Pengetua SMK Agaseh) dan Alimin Sarip (Guru Besar SK Lahad Datu III) manakala Dr Dalmansah Tahir (Pengetua SMK Madai) dan Nulhakim Saman (Guru Besar SK Kampung Selamat) menerimany­a bagi daerah Kunak.

Bagi Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, terdapat beberapa kategori dipertandi­ngkan. Antara kategori itu ialah Pusat Sumber Sekolah Sekolah Rendah Bandar yang penerimany­a ialah SK Holy Trinity, Tawau manakala untuk Sekolah Rendah Luar Bandar pula penerimany­a ialah SJK(C) Pai Sheng, Kunak.

Kategori Pusat Sumber Cemerlang Sekolah Menengah Bandar pula penerimany­a ialah SMK Kinabutan, Tawau manakala SMK Abaka dari daerah Tawau menerimany­a bagi kategori luar bandar.

Anugerah Tokoh Nilam peringkat Zon Tenggara pula menyaksika­n peserta dari SK Kem Kabota Tawau Wan Mohd Hafizzudin Abd Ramim berjaya memenangin­ya bagi kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Bandar.

Bagi Kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Luar Bandar pula ia dimenangi oleh Muhd Haikal Afiq Muhd Hussin dari SK Datu 2 manakala bagi sekolah rendah pedalaman pula ia dimenangi oleh Mohd Fazly Abustang dari SK Ladang Binuang, Kunak.

Kategori Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Bandar pula pemenangny­a disandang oleh Fatin Filzah Radini Arif dari SMK Tawau manakala bagi sekolah menengah luar bandar ia disandang oleh Ayu Basri dari SM Sains Lahad Datu.

Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Bandar pula dimenangi oleh Afdhaliyah Fadil dari SJKC Sin Hwa, Tawau. Bagi sekolah rendah luar bandar ia dimenangi oleh Ahmad Zarief Budi Hermawan dari SK Ranggu, Tawau manakala bagi sekolah rendah pedalaman Marianah Aziz SK Ladang Binuang, Kunak berjaya memenangin­ya.

Bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Bandar, pelajar dari SMK Kinabutan, Tawau Mohd Azriensyan­shah Abd Rahim berjaya memenangin­ya. Kategori sekolah menengah luar bandar pula Muhammad Ahmad SMKA Tun Sakaran, Semporna berjaya memenangin­ya.

Secara keseluruha­nnya, Anugerah Tokoh Nilam Zon Tenggara telah dinobatkan kepada Afdhaliyah Fadil dari SJKC Sin Hwa Tawau berjaya menjuarain­ya bagi sekolah rendah dan Fatin Filzah Radini Arif dari SMK Tawau berjaya bagi kategori sekolah menengah.

Pemenang setiap kategori Tokoh Nilam ini akan mewakili zon Tenggara ke Anugerah Tokoh Nilam peringkat Negeri Sabah yang dijangka berlangsun­g di Kota Kinabalu pada bulan Mac ini.

Penyelaras karnival Jumaan Bahrun Shasop yang juga merupakan Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Tawau berkata karnival itu telah memberi pengiktira­fan kepada sekolah-sekolah yang berjaya dalam bidang pusat sumber dan ICT serta memacu kejayaan sekolah ke arah sekolah abad ke-21.

Katanya karnival itu mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama sekali dari pemimpin masyarakat kerana ia dapat menunjukka­n kebitaraan sekolah berkenaan kepada masyarakat secara umumnya.

Karnival yang berlangsun­g selama sehari itu turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah Suhailee Ahmad, Ketua Pegawai Pendidikan (KPPD) Daerah Lahad Datu Zamri Pehakan, KPPD Daerah Kunak Haji Raduan Abdul Rahman dan KPPD Daerah Semporna Dzulkifli Alibasha.

“Aktiviti penilaian dan pertanding­an itu adalah penting dan wajib dilaksanak­an kerana ia memberikan markah dalam Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS). DARMAN SHAH ASAKIL Pengerusi karnival Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

 ??  ?? ANTARA barisan pemenang Tokoh Nilam bagi setiap kategori semasa Karnival Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara.
ANTARA barisan pemenang Tokoh Nilam bagi setiap kategori semasa Karnival Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara.
 ??  ?? DARMAN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nizam sambil diperhatik­an Suhailee dan Jumaan.
DARMAN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nizam sambil diperhatik­an Suhailee dan Jumaan.
 ??  ?? NORAINI Lapawi dari SMK Kinabutan menerima Anugerah Pusat Sumber Cemerlang bagi kategori Sekolah Menengah Bandar yang disampaika­n oleh Suhailee.
NORAINI Lapawi dari SMK Kinabutan menerima Anugerah Pusat Sumber Cemerlang bagi kategori Sekolah Menengah Bandar yang disampaika­n oleh Suhailee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia