Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu serius terhadap pendidikan anak-anak

-

IBU bapa tidak seharusnya meletakkan tugas dan tanggungja­wab mendidik di bahu guru sebaliknya mereka perlu terlibat sama memberi pendidikan kepada anakanak.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata kanak-kanak menerima pendidikan dengan pelbagai kaedah moden, namun didikan daripada ibu bapa dianggap terbaik bagi melahirkan generasi muda yang berguna.

Beliau berkata yang juga Adu Tajung Batu berkata sikap segelintir ibu bapa yang tidak mengambil serius terhadap pendidikan anakanak amat dikesali kerana sikap acuh tak acuh terhadap penting pendidikan perlu dikikis.

“Hanya melalui pendidikan sahaja anak-anak itu dapat merubah masa depan mereka dan keluarga mereka. Kita tidak boleh membiarkan tanggungja­wab memberi pendidikan digalas sepenuh oleh guru-guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting,

“Mereka (pelajar) hanya berada di dalam sekolah selama 8 jam sahaja, selebihnya akan diambil alih oleh ibu bapa pelajar. Sikap tidak serius membuat anakanak ini akan tercicir dan tidak berilmu, dan mudah terjerumus dalam gejala sosial,” katanya.

Beliau berkata demikan pada Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia 2017 di SK Tanjong Batu, di Tawau kelmarin. Kira-kira 800 murid menerima bantuan itu.

Hamisa berkata ibu bapa perlu ada wawasan untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran hingga ke menara gading.

Katanya ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan mengambil kira perkembang­an dunia semasa kerana pemikiran golongan muda kini telah jauh berubah.

Tegasnya kegagalan ibu bapa menyesuaik­an diri dalam usaha mendidik anakanak menyebabka­n mereka sukar menerima teguran dan nasihat yang diberikan.

‘’Ibu bapa perlu memperbany­akkan komunikasi dengan anakanak selain sentiasa membuka pemikiran agar setiap tindakan dapat diikuti oleh mereka.

“Dalam usaha memastikan hasrat melahirkan anak-anak cemerlang dapat dicapai, ibu bapa juga harus memberi tumpuan kepada empat komponen penting iaitu institusi kekeluarga­an, pelajar itu sendiri, sekolah dan persekitar­an,” katanya.

 ??  ?? HAMISA (tiga kiri) menyampaik­an bantuan kepada murid sekolah sambil diiringi ibu bapa mereka.
HAMISA (tiga kiri) menyampaik­an bantuan kepada murid sekolah sambil diiringi ibu bapa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia