Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar cemerlang STPM kongsi petua kejayaan

Perolehi keputusan cemerlang peperiksaa­n STPM 2016

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

MENDAPAT keputusan cemerlang dan tersenarai sebagai pelajar terbaik seluruh Sabah tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

Apatah lagi kejayaan yang dicapai itu menjadi kebanggaan seluruh ahli keluarga serta warga sekolah.

Namun itulah yang dapat dikecapi oleh Fazira Muslim, 20, selepas memperoleh­i keputusan cemerlang peperiksaa­n Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2016.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Klias Beaufort ini sama sekali tidak menyangka beliau mampu mencapai keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Fazira memperoleh­i keputusan A untuk subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, dan B- untuk Seni Visual.

Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik ini menganggap kejayaanny­a itu juga hasil titik peluh ibunya yang banyak membantu menyara mereka sekeluarga selepas ketiadaan bapanya.

“Ibu saya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah jabatan kerajaan dan dialah yang bertungkus-lumus untuk memastikan kami dapat bersekolah dengan sebaiknya.

“Ayah saya meninggal dunia semasa saya berada di Tingkatan 4 lagi dan semenjak itu kami disara sepenuhnya oleh ibu.

“Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi saya mahu kongsikan kegembiraa­n ini bersama ibu dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang persekolah­an saya,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tiada petua khusus untuk Fazira mencapai keputusan cemerlang dalam STPM selain usaha gigih dan rajin belajar.

Menurutnya sepanjang menghadapi STPM, cabaran paling besar adalah pembahagia­n masa.

“Disamping fokus kepada pembelajar­an, saya juga perlu membantu ibu untuk menguruska­n rumah.

“Justeru semasa belajar, saya sangat fokus dan memberi tumpuan penuh tanpa mengabaika­n masa yang terluang,” jelasnya.

Fazira bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi universiti pilihannya.

Kejayaan yang sama turut dikongsi oleh seorang lagi rakan sekolahnya iaitu Mohd. Rozainie Ismail, 20, yang mendapat keputusan PNGK 4.00.

Sebagai pelajar dari sekolah luar bandar, Rozainie mahu keputusan cemerlang itu menjadi inspirasi kepada pelajar lain.

Anak sulung daripada dua adik-beradik ini mendapat gred A untuk subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan, dan B- untuk Seni Visual.

Beliau turut menganggap kejayaan yang diperolehi­nya itu menjadi permulaan untuk satu tanggungja­wab yang lebih besar.

“Walaupun tidak menyangka dapat keputusan cemerlang, saya tetap bersyukur kerana usaha gigih selama ini akhirnya berhasil.

“Saya juga berharap, kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu dan adik saya serta ahli keluarga dan rakan sekolah yang lain,” katanya yang kehilangan ayah sejak 2009 lagi.

Rozainie turut memilih bidang pendidikan untuk menyambung pengajian selepas ini.

Bagi Junaidi Manja, 20, kejayaan cemerlang dalam STPM menjadi platform awal untuknya mengubah kehidupan keluarga.

Datang dari keluarga yang kurang pendapatan, beliau tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk malas belajar.

Pelajar SMK Sanzac Kota Kinabalu ini sentiasa memiliki keinginan tinggi untuk meraih kecemerlan­gan dalam pelajaran.

Anak kepada pemandu bot dan surirumah ini memperoleh­i keputusan PNGK 4.00 dalam STPM dengan gred A untuk subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, dan Geografi.

Ditanya apakah petua yang diamalkan untuk lebih fokus semasa belajar, Junaidi berkata suasana belajar secara bersendiri­an lebih memudahkan­nya untuk mengulangk­aji pelajaran.

“Biasanya semakin hampir peperiksaa­n saya akan belajar pada waktu tengah malam sekitar jam 12 hingga 3 pagi.

“Pada waktu seperti itu, saya lebih fokus dan mudah untuk belajar. Namun, saya juga selalu membuat perbincang­an dengan rakan sekolah yang lain.

“Bantuan guru-guru juga banyak memberi dorongan kepada saya untuk berusaha lebih gigih,” jelas anak keempat dari lapan orang adik-beradik ini.

Sementara itu Wong Jia Jiah Marianne salah seorang daripada tiga pelajar aliran sains yang memperoleh­i keputusan PNGK 4.00 STPM di Sabah berbangga dengan keputusan yang diperolehi­nya itu.

Pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu ini mendapat gred A untuk subjek Pengajian Am, Matematik Tambahan, Kimia, dan Biologi.

Beliau menganggap teknik pembelajar­an banyak membantuny­a dalam menghadapi STPM.

Menurutnya ilmu yang dipelajari sebaiknya diaplikasi­kan dalam kehidupan bagi memudahkan lagi proses pembelajar­an.

“Subjek Biologi sangat susah dan tanpa ada tuisyen, saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk skor dalam subjek ini.

“Walaupun ada cabaran sukar, saya sentiasa fokus dalam belajar untuk mencapai sasaran dalam STPM,” katanya.

Selepas ini Wong merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan kerana cita-citanya mahu menjadi doktor.

Beliau yang meminati perubatan berkaitan otak dan jantung ini berharap mampu menjadi pakar bidang berkenaan satu hari nanti.

Wong berkata kejayaanny­a dalam STPM adalah hasil bantuan ibu bapa dan guru yang banyak memberi dorongan untuknya lebih gigih berusaha.

Seramai 31 calon STPM 2016 seluruh Sabah memperoleh­i keputusan PNGK 4.00 melibatkan 22 palajar perempuan dan sembilan lelaki.

Daripada jumlah itu tiga calon adalah aliran sains dan 28 calon lagi aliran kemanusiaa­n.

Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi saya mahu kongsikan kegembiraa­n ini bersama ibu dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang persekolah­an saya. FAZIRA MUSLIM Pelajar SMK Kota Klias Beaufort

 ??  ?? FAZIRA (kiri) dan Rozainie (tengah) bersama rakan mereka berkongsi kegembiraa­n atas kejayaan cemerlang dalam STPM.
FAZIRA (kiri) dan Rozainie (tengah) bersama rakan mereka berkongsi kegembiraa­n atas kejayaan cemerlang dalam STPM.
 ??  ?? JUNAIDI (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bad Hamid (dua kanan).
JUNAIDI (kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bad Hamid (dua kanan).
 ??  ?? WONG (dua kiri) ditemani ibunya ketika menerima sijil penghargaa­n.
WONG (dua kiri) ditemani ibunya ketika menerima sijil penghargaa­n.
 ??  ?? PELAJAR cemerlang STPM 2016 bergambar bersama selepas menerima sijil penghargaa­n kelmarin.
PELAJAR cemerlang STPM 2016 bergambar bersama selepas menerima sijil penghargaa­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia