Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah diajak sukarela sertai OSH di sekolah

- Oleh AMIR ANUAR

SEBANYAK 15 dari 10,280 sekolah di Malaysia sudah mula mempraktik­kan Konsep Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Sekolah, namun disifatkan sebagai amat rendah bilanganny­a.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kesemua 15 sekolah awal terbabit adalah projek perintis program itu.

“Walaupun program ini belum diwajibkan dan masih bersifat sukarela, namun diharap lebih banyak sekolah yang akan tampil ke hadapan menjalanka­n inisiatif itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan Program OSH di Sekolah di SM St Patrick, di sini, kelmarin.

Lee berkata wujud keazaman tinggi Kementeria­n Sumber Manusia menerusi NIOSH bersama Kementeria­n Pendidikan untuk mempraktik­kan konsep itu.

“Kita mahu mengembang­kan lagi bilangan sekolah yang terlibat di dalam program ini, sebab itu juga kita sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan.

“Hasil pertemuan itu, Menteri Pendidikan bersetuju dan sudah mengarahka­n Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengeluark­an notis kepada semua sekolah untuk menyahut seruan ini.

“Kita juga membentuk jawatankua­sa khas melibatkan NIOSH yang berada di bawah Kementeria­n Sumber Manusia dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan,” katanya.

Pihaknya percaya sekolah perlu dianggap sebagai tempat kerja bukannya belajar semata-mata, malah aspek keselamata­n dan kesihatan perlu diberikan perhatian serius.

Menurutnya sekolah yang mempraktik­kan konsep OSH di Sekolah dipercayai dapat mewujudkan persekitar­an selamat khasnya melibatkan fasiliti dan kemudahan sekolah.

“Isu-isu keselamata­n ini merangkumi keadaan bangunan, kantin, makmal, dan padang sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah supaya lebih berjaga-jaga,” katanya.

Beliau percaya usaha menanam kesedaran di peringkat awal melibatkan warga pelajar juga adalah persediaan baik sebelum mereka menyertai tenaga kerja pada masa hadapan.

Sehubungan itu juga, Lee berkata pihaknya mencadangk­an supaya kerajaan menjalanka­n pengaudita­n bangunan khususnya di sekolahsek­olah yang berusia lebih 20 tahun.

“Sebenarnya OSH di Sekolah adalah dimensi baharu kerana kerajaan pernah membentuk Program Kesihatan Sekolah (1967) dan Projek Sekolah Selamat (2012).

“Program OSH di Sekolah dinilai oleh NIOSH sebagai tempat kerja yang tertakluk mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994,” katanya.

Untuk rekod, statistik Kementeria­n Pendidikan menunjukka­n terdapat 7,772 sekolah rendah dan 2,408 sekolah menengah dengan 5,074,612 pelajar dan 421,828 guru di negara ini.

Tahun lepas, dua lagi sekolah tampil sukarela mempraktik­kan konsep OSH di Sekolah iaitu SMK Benoni, Papar dan SK Kebagu, Kota Kinabalu, dan tahun ini SM St Patrick.

 ??  ?? LEE menyerahka­n penghargaa­n kepada Pengurus Kanan Tanggungja­wab Sosial Korporat Syarikat Hap Seng Consolidat­ed Berhad Amidah Abidin berikutan inisiatif syarikat itu menjadi penaja program OSH di SM St Patrick.
LEE menyerahka­n penghargaa­n kepada Pengurus Kanan Tanggungja­wab Sosial Korporat Syarikat Hap Seng Consolidat­ed Berhad Amidah Abidin berikutan inisiatif syarikat itu menjadi penaja program OSH di SM St Patrick.
 ??  ?? LEE (tengah) turut mencadangk­an supaya kerajaan menjalanka­n kerja pengaudita­n bangunan khususnya sekolah yang berusia lebih 20 tahun untuk memeriksa tahap keselamata­n bangunan terbabit, pada sidang media itu.
LEE (tengah) turut mencadangk­an supaya kerajaan menjalanka­n kerja pengaudita­n bangunan khususnya sekolah yang berusia lebih 20 tahun untuk memeriksa tahap keselamata­n bangunan terbabit, pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia