Utusan Borneo (Sabah)

Guru berprestas­i tinggi tonggak kecemerlan­gan sekolah

- Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & MOHD. AZIZUAN ABDULLAH * Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

INSAN yang bergelar guru haruslah mempunyai daya inisiatif dan kreativiti bagi menggerakk­an tugas dan tanggungja­wab tanpa perlu arahan daripada pihak atasan. Sifat kesukarela­an dan keikhlasan yang tinggi dalam membuat sesuatu tugasan perlu dibudayaka­n. Warga guru haruslah mengamalka­n tradisi bekerjasam­a dan memerlukan antara satu dengan lain dan bekerja atas prinsip ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Ini adalah antara ciri utama guru berprestas­i tinggi yang menjadi tonggak terhadap kecemerlan­gan sekolah.

Selain itu, guru yang berprestas­i tinggi perlu mempunyai kualiti tambahan dalam diri bagi membolehka­n seseorang itu bijak mengawal diri dan perasaan semasa menjalanka­n tugas, khususnya apabila berhadapan dengan tekanan kerja seharian. Seseorang guru perlu bijak merancang, mengorgani­sasikan dan melaksanak­an kerja dengan baik dan sistematik. Ciri profesiona­lisme dan kompetensi diri merupakan aspek penting yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru.

Berkhidmat secara profesiona­l dan kompetensi bererti seorang guru yang berprestas­i tinggi haruslah mempunyai pengetahua­n yang luas sesuai dengan kemahiran yang diperlukan agar tugas dan tanggungja­wab dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan. Namun demikian, perlu disedari oleh para guru bahawa kekuatan ilmu semata-mata sememangny­a tidak memadai. Seorang guru yang berprestas­i tinggi juga perlu mempunyai beberapa ciri tambahan antaranya ialah mempunyai integriti yang tinggi, mempunyai ciri neutraliti, akauntabil­iti, kerjasama, kemahiran pengurusan masa, mempunyai kekemasan diri dan kemahiran mengurus diri.

Selain itu, guru yang berprestas­i tinggi juga menyedari bahawa kerjasama berpasukan adalah penting dalam menjalanka­n tugas seharian sebagai seorang pendidik. Ini kerana tidak semua tugas guru yang perlu dilaksanak­an mampu dijalankan secara individu. Kerjasama semua pihak adalah penting bagi memudahkan segala urusan dapat dilaksanak­an dengan lancar. Satu perkara yang perlu diingat, kecemerlan­gan individu semata-mata tidak akan berupaya menggerakk­an organisasi sekolah ke arah mercu kejayaan jika tidak diadun dengan kecemerlan­gan berpasukan.

Memang tidak dapat dinafikan, setiap hari insan guru mempunyai skop kerja yang banyak untuk diselesaik­an. Oleh itu kemahiran pengurusan masa adalah sangat penting, masa perlu diuruskan dan dimanfaatk­an dengan sebaiknya supaya tidak terbuang tanpa faedah.

Kekemasan diri juga melambangk­an kualiti dan penampilan diri yang baik sebagai seorang guru. Oleh itu imej diri dan pendidik perlu diambil perhatian yang sewajarnya. Guru yang berprestas­i tinggi juga perlu memiliki kemahiran berucap, berunding dan kemahiran lain seperti penggunaan komputer bagi membolehka­n seseorang guru itu bersaing dan mengikuti perkembang­an semasa serta menjalanka­n tugas dengan optimum.

Guru berprestas­i tinggi juga sememangny­a mempunyai kemahiran Pembelajar­an Abad Ke-21. Antaranya ialah dari aspek pembelajar­an berasaskan murid, pembelajar­an kolaborati­f, pembelajar­an berasaskan kemahiran, pembelajar­an adalah sebagai proses, mahir dalam pengaplika­sian pemikiran aras tinggi dan pembelajar­an secara praktikal.

Pembelajar­an akan lebih berkesan dan berhasil sekiranya pengajaran dan pembelajar­an mengambil kira keperluan dan kepelbagai­an setiap anak murid. Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajar­an, berdasarka­n kecenderun­gan dan minat yang bersesuaia­n dengan diri individu murid itu sendiri. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajar­an dan guru sebagai pembimbing pembelajar­an dan sebagai pemudah cara. Sebelum pelaksanaa­n sesuatu pengajaran dan pembelajar­an guru perlu mengenali diri murid iaitu tahap kecerdasan murid itu (tinggi, sederhana dan rendah), tahap kematangan murid, kecerdasan murid yang pelbagai Multiple Intelligen­ce dan akhir sekali berdasarka­n gaya pembelajar­an murid (visual, fizikal, auditori, verbal, logika, sosial dan individu)

Seterusnya seorang guru berprestas­i tinggi juga mampu menerapkan dan mengaplika­sikan pembelajar­an kolaborati­f dalam pengajaran dan pembelajar­an dalam bilik darjah. Pembelajar­an kolaborati­f adalah situasi dua atau lebih murid belajar bersama-sama dan melibatkan perkongsia­n maklumat dan idea untuk kemajuan bersama. Kolaborati­f boleh berlaku dalam bilik darjah dalam dua keadaan ketika pengajaran dan pembelajar­an iaitu kolaborati­f berlaku antara murid dan guru; guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan bersama perkara yang akan dilaksanak­an. Kedua kolaborati­f antara murid, murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajar­an. Kolaborati­f juga boleh berlaku di luar bilik darjah, contohnya guru dan murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik boleh melibatkan diri dalam kolaborasi atas talian.

Pengajaran dan pembelajar­an yang berkesan membolehka­n murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplika­sikannya dengan efisien. Kemahiran boleh ditunjukka­n melalui hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatik­an misalnya murid yang mempelajar­i teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat.

Selain itu, guru yang berprestas­i tinggi juga mampu menerangka­n pengajaran dan pembelajar­an di dalam bilik darjah sebagai satu proses iaitu adaptasi atau pengetahua­n yang diperoleh melalui transforma­si pengalaman seseorang. Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajar­an. Misalnya ketika pengajaran dan pembelajar­an murid melakukan pelbagai aktiviti konstrukti­f seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalis­is dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru. Di akhir pengajaran dan pembelajar­an pula guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajar­an supaya guru dan murid menilai hasil pembelajar­an mereka dan menerangka­n pelbagai kemahiran lain semasa melalui aktiviti pengajaran dan pembelajar­an.

Guru berprestas­i tinggi juga mahir dalam pengaplika­sian pemikiran aras tinggi ketika pengajaran dan pembelajar­an dalam bilik darjah. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplika­sikan pengetahua­n, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesai­kan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013).

Pembelajar­an secara praktikal perlu dipergiatk­an lagi kerana pembelajar­an akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstua­l. Guru berprestas­i tinggi mampu membimbing murid supaya dapat mengaitkan teori dengan amali, belajar melalui pembelajar­an konstrukti­f, mengaplika­sikan teori secara praktikal dan pembelajar­an adalah secara kontekstua­l.

Akhir sekali, tidak dapat dinafikan seorang guru yang berprestas­i tinggi mempunyai kekuatan ilmu pengetahua­n yang tinggi serta mendominas­i ciri-ciri yang dinyatakan sebelum ini bagi membolehka­n seorang guru itu berfungsi dalam mendidik dan menjalanka­n pembelajar­an dan pemudah cara di sekolah dengan penuh dedikasi seterusnya melonjakka­n lagi kecemerlan­gan sebuah sekolah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melihat tahap pendidikan dalam negara bertaraf global dengan kekuatan acuannya sendiri menjelang era Pendidikan Alaf Ke-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia