Utusan Borneo (Sabah)

Semangat kerjasama ramuan penting perkasa Umno

Bagi meletakkan parti kekal relevan kepada rakyat

-

BEAUFORT: Semangat kerjasama dan persefaham­an merupakan ramuan yang penting dalam memastikan keperkasaa­n Umno terus berkembang.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata keperkasaa­n Umno itulah yang telah meletakkan parti untuk terus relevan kepada rakyat.

“Keperkasaa­n itu tentu sahaja tidak akan mampu berkembang jika kita enggan untuk membina atau melahirkan semangat kerjasama dan persefaham­an yang mantap,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke bilik gerakan Umno Beaufort dan Sipitang, di sini, kelmarin.

Beliau yang merupakan pengerusi `War Room’ mengetuai rombongan jawatankua­sa kerja Badan Perhubunga­n Umno Sabah berkata rakyat yakin dan percaya kepada Umno kerana semangat kerjasama dan persefaham­an yang diperlihat­kan.

Rombongan itu turut disertai oleh Setiausaha Ekskuatif Umno Sabah Datuk Kadzim M Yahya dan Ketua Pegawai Sistem Maklumat dan Data Politik Umno Datuk Jaafar Uttong.

Sapawi berkata keyakinan dan kepercayaa­n rakyat itulah juga yang meletakkan Umno terus relevan sehingga ke hari ini.

Menurutnya semangat seumpama itu harus ada dalam kalangan anggota parti pada semua peringkat agar keyakinan dan kepercayaa­n rakyat terhadap Umno tidak luntur.

Sehubungan itu, beliau berharap agar anggota Umno pada semua peringkat menolak mana-mana anggota yang cuba memusnahka­n semangat kerjasama dan persefaham­an yang sedia ada.

Katanya ahli parti yang bersikap sedemikian wajar diketepika­n dan dipersilak­an keluar daripada Umno.

“Jika ada ahli parti yang suka melaga-lagakan barisan kepimpinan, maka dia wajar ditolak keluar daripada Umno kerana parti bukan berasaskan kepada kuantiti tetapi Umno bersandark­an kepada kualiti,” katanya.

Dalam pada itu, Sapawi melahirkan penghargaa­n kepada Umno Beaufort dan Sipitang yang terus mendekati rakyat sehingga berjaya mendapatka­n semula keyakinan dan kepercayaa­n mereka.

Katanya usaha yang dilakukan barisan kepimpinan bahagian perlu diberikan sokongan oleh barisan kepimpinan peringkat cawangan.

“Apa yang jelas rakyat semakin yakin dan percaya kepada Umno dan semua ini adalah usaha berterusan daripada barisan kepimpinan bahagian dan juga cawangan dan kita berharap usaha itu berterusan serta dipertingk­atkan,” katanya.

Keperkasaa­n itu tentu sahaja tidak akan mampu berkembang jika kita enggan untuk membina atau melahirkan semangat kerjasama dan persefaham­an yang mantap. DATUK SAPAWI AHMAD Ketua Penerangan Umno Sabah

 ??  ?? SAPAWI dan Kadzim mendengar taklimat daripada Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad ketika melawat bilik gerakan Umno Sipitang.
SAPAWI dan Kadzim mendengar taklimat daripada Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad ketika melawat bilik gerakan Umno Sipitang.
 ??  ?? SAPAWI mendengar penjelasan Ketua Umno Beaufort Datuk Isnin Aliasnih ketika melawat bilik gerakan jentera Umno Beaufort.
SAPAWI mendengar penjelasan Ketua Umno Beaufort Datuk Isnin Aliasnih ketika melawat bilik gerakan jentera Umno Beaufort.
 ??  ?? SAPAWI menyerahka­n bendera BN kepada Ketua Umno Beaufort Datuk Isnin Aliasnih pada majlis itu.
SAPAWI menyerahka­n bendera BN kepada Ketua Umno Beaufort Datuk Isnin Aliasnih pada majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI menyerahka­n data lengkap Umno Sipitang kepada Kadzim sempena lawatan kerja itu.
SAPAWI menyerahka­n data lengkap Umno Sipitang kepada Kadzim sempena lawatan kerja itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia