Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rayu tapak perkuburan orang Islam baharu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Wujud keperluan mendesak untuk umat Islam di sekitar Batu 4 dan Batu 5 Jalan Apas, di sini, mendapatka­n tapak baharu untuk tanah perkuburan orang Islam berikutan tapak sedia ada, disifatkan sudah penuh.

Difahamkan, tapak sedia ada, Tanah Wakaf Perkuburan Orang Islam Batu 4 Jalan Apas seluas hampir tiga ekar, wujud semenjak era 30-an lagi dan kini berusia lebih 80 tahun.

Pengerusi Masjid Raudhatul Jannah Kg Kinabutan Besar Batu 5 Jalan Apas Kassim Ibong berkata kerajaan dirayu untuk mengambil tindakan wajar berhubung keperluan terbabit.

“Kita bimbang jika tidak diatasi segera, isu pertindiha­n kuburan bukan hanya berpotensi menimbulka­n kekeliruan tetapi juga dikhuatiri menyebabka­n perpecahan umat.

“Kita berharap ada tindakan yang lebih jelas diambil untuk memastikan tapak perkuburan baharu umat Islam segera disediakan kerana wujud keperluan mendesak,” katanya.

Kassim berkata dengan pertambaha­n penduduk yang berhijrah dari kampungkam­pung luar ke keduadua kawasan perkampung­an berjiran itu juga menambah kerisauann­ya.

Beliau percaya pertambaha­n penduduk juga bermakna mereka kini memerlukan tapak tanah perkuburan yang baharu secepat mungkin untuk mengelak isu itu menjadi lebih besar.

“Ketika ini, tanah perkuburan alternatif terletak berjauhan dengan lokasi kampung kami, malah Tanah Perkuburan Orang Islam Wilis, Jalan Utara juga sudah penuh.

“Sebab itu, kita berharap supaya tapak tanah perkuburan yang baharu dapat disediakan berhampira­n kawasan penempatan Batu 4 dan Batu 5 Jalan Apas,” katanya.

Menurutnya pada 2015, sudah ada permohonan tapak baharu dikemukaka­n oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) di Pejabat Tanah dan Ukur (PTU) Daerah Tawau.

Malah, beliau berkata permohonan itu turut menerima sokongan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

“Permohonan yang dibuat adalah di kawasan berhampira­n antara Batu 10 Jalan Apas dan Kg Membalua, dan lokasi yang dicadangka­n itu juga adalah atas nasihat PTU,” katanya.

Kassim berkata sekiranya permohonan itu diluluskan kerajaan, pihaknya amat berbesar hati dan mengalualu­kannya namun sehingga kini belum ada kata putus diterima.

 ??  ?? KASSIM
KASSIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia