Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN pastikan generasi negara ini nikmati kemajuan pendidikan

-

SIPITANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memastikan pembanguna­n dan kemajuan pendidikan dapat dinikmati oleh generasi negara ini.

Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa berkata usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasukla­h pemberian bantuan khas awal persekolah­an sebagai salah satu usaha bagi memastikan tiada generasi yang tercicir daripada menikmati pendidikan.

“Kerajaan BN sentiasa meletakkan pendidikan sebagai agenda utama dan pemberian bantuan khas awal persekolah­an merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan generasi negara ini menikmati pembanguna­n dan kemajuan pendidikan,” katanya di sini kelmarin.

Hafez sebelum itu menyampaik­an bantuan khas awal persekolah­an kepada 230 pelajar daripada tahun empat, lima dan enam Sekolah Kebangsaan Pekan.

Hadir sama pada majlis itu termasukla­h Guru Besar SK Pekan Ismail Pani, Pengerusi PIBG SK Pekan Haji Bongsu Tahir dan Ahli Jawatankua­sa Pemuda Umno Sipitang Zul Arshad.

“Kita berharap pemberian bantuan khas awal persekolah­an itu dapat memberikan dorongan dan semangat baharu kepada pelajar untuk berusaha mencatatka­n keputusan terbaik dalam pelajaran masing-masing,” katanya dan menambah kecemerlan­gan yang dicapai adalah balasan penghargaa­n buat kerajaan.

Menurutnya kerajaan tidak meminta sebarang balasan tetapi berharap dengan adanya bantuan itu, golongan pelajar tidak melepaskan peluang untuk berusaha gigih mencatatka­n kecemerlan­gan dalam pendidikan.

Katanya kerajaan mahu agar generasi masa kini, masa depan dan seterusnya adalah generasi yang berpendidi­kan dan mampu meneruskan usaha memacu pembanguna­n dan kemajuan negara.

Hafez juga meminta agar ibu bapa dan guru menjalinka­n hubungan yang baik sebagai usaha memastikan pelajar sekolah itu berupaya mencatatka­n keputusan yang terbaik.

“Hubungan baik dan kerjasama yang erat turut membantu dalam memberikan dorongan dan meningkatk­an semangat serta keazaman kepada pelajar untuk cemerlang,” katanya.

 ??  ?? HAFEZ diperhatik­an oleh Ismail menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada salah seorang pelajar di majlis itu.
HAFEZ diperhatik­an oleh Ismail menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada salah seorang pelajar di majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pimpinan masyarakat setempat dan ibubapa pelajar yang hadir di majlis itu.
SEBAHAGIAN pimpinan masyarakat setempat dan ibubapa pelajar yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia