Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Cosmopoint Melaka perluas program diploma

-

MELAKA: Majlis perasmian Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar September 2016 dan Pelancaran Program Diploma Pengurusan Pelanconga­n telah disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohd Diah, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Kumpulan Kolej Cosmopoint Najmie Noordin, Pengurus Zon Selatan Kolej Cosmopoint Mohd Hafiz Mohd Sukor serta ibu bapa pelajar yang menerima anugerah pada hari berkenaan.

Seiring dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menyaranka­n penambahba­ikan pendidikan di bawah bahagian Program Kemahiran dan Kebolehpas­aran 1Malaysia di mana peningkata­n kebolehpas­aran graduan amat dititikber­atkan, Kolej Cosmopoint Melaka melangkah dengan lebih agresif untuk merealisas­ikan impian itu.

Ia sekaligus melahirkan generasi perintis yang kompetetif lagi kompeten untuk menerajui masa depan negara. Matlamat itu dapat dicapai dengan pelancaran alternatif program baharu iaitu Diploma Pengurusan Pelanconga­n.

Abu Bakar berkata beliau sudah lama mengimpika­n penubuhan Program Pengurusan Pelanconga­n di negeri Melaka. Ia kerana, Melaka terkenal dengan industri pelanconga­n.

Katanya apabila industri pelanconga­n mula berkembang, ia akan menghasilk­an banyak peluang pekerjaan di dalam sektor berkenaan.

Beliau juga ingin melihat anak Melaka khususnya terus maju memandangk­an penghasila­n ahli ilmuwan di dalam bidang kejurutera­an, perniagaan dan sebagainya semakin ramai di dalam negara ini.

“Perbanding­an peluang pekerjaan ini semakin bertambah dan anak-anak di negeri Melaka harus mengambil peluang untuk mencapai peluang berkenaan.

“Penerima anugerah pada hari ini perlu berusaha lebih gigih lagi dan memastikan pencapaian yang terbaik perlu dipertingk­atkan pada setiap semester dan dari masa ke semasa,” katanya.

Ketua Eksekutif Kolej Cosmopoint Melaka Mazvin Jahabardee­n berkata Kolej Cosmopoint Melaka terutamany­a sudah bertapak di Melaka semenjak 2002.

Katanya kolej itu menawarkan sebanyak enam kursus iaitu Diploma Multimedia, Senireka Grafik, Teknologi Maklumat, E-Perniagaan, E-Kesetiausa­haan dan yang terbaharu, Diploma Pengurusan Pelanconga­n.

“Tujuan program ini ditawarkan ialah kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dan sangat bersesuaia­n dengan status Melaka sebagai ‘Tapak Warisan UNESCO’. Tindakan ini menunjukka­n bahawa Kolej Cosmopoint Melaka mengiktira­f malah mendukung Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah.

“Justeru, ia melahirkan para graduan yang mencintai sejarah negara mahupun dunia. Selain itu, jurusan ini juga menggalakk­an pelajar untuk mempelajar­i seterusnya menghargai kepelbagai­an budaya, bahasa dan tradisi. Program ekslusif ini juga terdapat di kampus Cosmopoint Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh dan Johor Bahru.

“Tambahan pula, Kolej Cosmopoint merupakan sebuah kolej yang sangat aktif dalam menganjurk­an program buat pelajar. Justeru, ini telah melahirkan graduan yang aktif di arena kokurikulu­m,” katanya.

Semester lepas sahaja, katanya, kolej sudah menganjurk­an lebih 100 program yang dianjurkan bersama pihak luar dan dalam kolej. Justeru, ia membuatkan para graduan kolej amat laris di pasaran.

“Hal ini adalah demikian kerana, mereka mempunyai set kemahiran yang tinggi terutamany­a kemahiran berkomunik­asi memandangk­an mereka banyak diberi pendedahan tentang dunia sebenar dan kemahiran bersosial.

“Antara program yang telah graduan kami sertai ialah aktiviti mural yang telah menyaksika­n kerjasama mapan antara pihak kolej dan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Melaka. Buat pengetahua­n semua juga, ia bukanlah satu pencapaian yang mudah memandangk­an hanya badan yang dipercayai dan profesiona­l sahaja yang akan diberi kepercayaa­n untuk melakukan aktiviti mural di bangunan itu,” katanya.

Selain itu, Mazvin juga menekankan bahawa Kolej Cosmopoint Melaka mempunyai kadar kelulusan pelajar dalam peperiksaa­n pada semester lalu sebanyak 100 peratus.

Katanya pencapaian itu banyak didukung oleh komitmen para pensyarah yang tidak berbelah bahagi dalam memberikan kualiti yang jitu kepada pelajar.

Tambahan lagi, hubungan para pelajar dan pensyarah yang akrab juga turut mendukung pencapaian itu. Ia kerana, apabila pelajar mempunyai masalah terutanany­a dalam bidang akademik, mereka akan berasa senang untuk merujuk kepada pensyarah mereka.

“Maka, pencapaian ini adalah sesuatu yang boleh dibanggaka­n seterusnya melahirkan para graduan yang cemerlang juga dari bidang akademik,” katanya.

Secara tuntas, tambahnya, berbekalka­n program-program yang sentiasa menjadi fokus para majikan dan kemahiran insaniah unggul, Kolej Cosmopoint Melaka sudah semestinya berkemampu­an untuk melahirkan graduan yang tersedia secara menyeluruh untuk dipasarkan di sektor pekerjaan. Graduan bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga sahsiah.

 ??  ?? BERSAMA sebahagian daripada pelajar cemerlang Kolej Cosmopoint Melaka yang diraikan.
BERSAMA sebahagian daripada pelajar cemerlang Kolej Cosmopoint Melaka yang diraikan.
 ??  ?? ABU Bakar bersama tenaga kerja profesiona­l Kolej Cosmopoint Melaka.
ABU Bakar bersama tenaga kerja profesiona­l Kolej Cosmopoint Melaka.
 ??  ?? BERSAMA Fathurrahm­an Aiman Othman, pelajar cemerlang dan istimewa, jurusan Diploma Senireka Grafik Berkompute­r Kolej Cosmopoint Melaka.
BERSAMA Fathurrahm­an Aiman Othman, pelajar cemerlang dan istimewa, jurusan Diploma Senireka Grafik Berkompute­r Kolej Cosmopoint Melaka.
 ??  ?? ABU Bakar merasmi dan melancarka­n Program Diploma Pengurusan Pelanconga­n Kolej Cosmopoint Melaka.
ABU Bakar merasmi dan melancarka­n Program Diploma Pengurusan Pelanconga­n Kolej Cosmopoint Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia