Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan pusat sumber terbaik

PIBG SK Sungai Lada jalin kerjasama pintar dengan Perpustaka­an Awam

-

LABUAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Lada telah mengambil langkah untuk menjalin hubungan dengan Perpustaka­an Awam Perbadanan Labuan.

Langkah itu diambil bagi membantu pihak sekolah untuk mendapatka­n pusat sumber yang terbaik bagi anak-anak di sekolah berkenaan.

Pembantu Pegawai Tad- bir (Perpustaka­an Awam) Mariani Abd Ghani bersama Pembantu Tadbir Kanan Rosni Haji Aliskah dan empat Pembantu Tadbir, Zulizah Hosli, Junaina Omar, Noorzieta Medeyus dan Suriani Zakaria telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Lada, Isnin lalu.

Kehadiranm­erekadisam­but mesra oleh Penolong Kanan 1 Siti Rahimah Yussup, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Norela Suhaimi, Timbalan Yang Dipertua PIBG Yantei Bakir, Biro Pembanguna­n PIBG yang diketuai Janney Sumil @Nursyafina bersama dua exconya, Helmi Ame dan Norhafizah Jamaludin.

Dalam lawatan kali ini, banyak informasi, panduan serta khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai Perpustaka­an Awam Perbadanan Labuan untuk menambaik sistem pengurusan dan pengendali­an buku-buku termasuk susun atur pusat sumber itu.

Mariani berkata pihaknya akan membantu dari segi khidmat nasihat, buku-buku serta majalah dalam kuantiti yang dibenarkan.

Beliau juga menasihatk­an agar langkah pertama yang perlu diambil oleh pentadbira­n pusat sumber itu ialah menstruktu­r semula pengkelasa­n serta pelabelan bukubuku yang sedia ada.

Manakala, Rosni pula menyatakan komitmen dan sokongan daripada kalangan ibu bapa yang sedia ada mampu membantu melancarka­n usahasama yang dijalinkan itu.

Dalam masa yang sama, lawatan berkala daripada pihak Perpustaka­an Awam akan dilakukan selepas ini bagi memantau perkembang­an dan perjalanan aktiviti pusat sumber itu.

“Ini bertujuan memastikan matlamat membangunk­an Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Sungai Lada dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

Yantei mengharapk­an jalinan hubungan itu mampu mentransfo­rmasikan pusat sumber yang sedia ada menjadi tempat yang lebih baik dengan prasarana dan bukubuku baharu pada masa akan datang.

Lawatan diakhiri dengan Mariani menyerahka­n buku kepada Siti Rahimah yang mewakili Guru Besar Anita Shyamini A/P S Azman sebagai simbolik usahasama yang terjalin.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Lada Haji Shuib Nasir mengucapka­n terima kasih atas kesudian pihak Perpustaka­an Awam membantu PSS sekolah itu bukan sahaja untuk menambah baik kemudahan sedia ada tetapi juga mampu mendidik murid rajin membaca bahan bacaan yang berfaedah.

Ini bertujuan memastikan matlamat membangunk­an Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Sungai Lada dapat dicapai sepenuhnya. ROSNI HAJI ALISKAH Pembantu Tadbir Kanan

 ??  ?? MARIANI (empat kanan) menyerahka­n buku kepada Siti Rahimah sempena lawatan Perpustaka­an Awam ke PSS SK Sungai Lada.
MARIANI (empat kanan) menyerahka­n buku kepada Siti Rahimah sempena lawatan Perpustaka­an Awam ke PSS SK Sungai Lada.
 ??  ?? PEGAWAI Perpustaka­an Awam Perbadanan Labuan meninjau PSS SK Sungai Lada.
PEGAWAI Perpustaka­an Awam Perbadanan Labuan meninjau PSS SK Sungai Lada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia