Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Gakum jalin kerjasama dengan Kementeria­n Pendidikan Tinggi

-

KOTA KINABALU: Perbincang­an dan permuafaka­tan yang telah dilaksanak­an oleh pemimpin kesatuan daripada universiti awam Malaysia bersama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir telah memberikan peluang kepada mereka menjalinka­n hubungan dan merapatkan silaturrah­im di antara kakitangan universiti awam dan pihak pengurusan tertinggi Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

Di samping memberikan maklumat kepada Siti Hamisah, para perwakilan daripada semua universiti yang diketuai oleh Presiden Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat (Gakum) Ku Azmi Ku Ibrahim itu juga dapat memberikan pandangan yang terbaik telah diutarakan.

Ku Azmi berkata pertemuan berkenaan dapat menjalinka­n hubungan dan merapatkan perhubunga­n warga kesatuan yang masingmasi­ng mewakili universiti di negara ini.

Katanya dengan adanya jalinan rapat seperti itu, akan memudahkan untuk mendapatka­n maklumat dan mudah memberikan saluran perkhidmat­an yang terbaik dalam urus tadbir sesebuah organisasi, dan terarah demi mencapat hasrat kerajaan.

“Faedah yang diperolehi amat besar apabila peluang seperti ini dapat dimanfaatk­an serta memotivasi­kan pihak kakitangan pelaksana di universiti awam,” katanya.

Katanya pertemuan berkenaan adalah selaras dengan harapan Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh semasa program kepimpinan di AKEPT di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

UMS diwakili Presiden Kesatuan Kakitangan Am (Kekaumas) Amat Jutrah Haji Musneh yang juga Timbalan Presiden II Gakum.

 ??  ?? PRESIDEN dan setiausaha kehormat merakamkan gambar bersama Siti Hamisah.
PRESIDEN dan setiausaha kehormat merakamkan gambar bersama Siti Hamisah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia