Utusan Borneo (Sabah)

Promosi rekaan pakaian tradisi

Karnival Mini KDCA Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

PROGRAM Karnival Mini KDCA Tanah Rata Ranau yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, barubaru ini, mempromosi serta memperkena­lkan rekaan pakaian tradisi dan pakaian kreatif Kadazandus­un kepada masyarakat umum.

Ia juga sebagai salah satu peranan KDCA untuk menggalakk­an generasi muda menceburi pelbagai bidang keusahawan­an terutama meneruskan warisan tradisi menerusi slogan ‘Pisompurua­n Koubasanan Tokou’

(Perpaduan Budaya Kita) bagi merealisas­ikan impian untuk maju setanding dengan suku kaum lain.

KDCA Cawangan Tanah Rata Ranau, sebagai penganjur program itu, turut mengambil inisiatif mengesan dan mempromosi rekaan pakaian anak jati Ranau.

Kemahiran serta keupayaan mereka diterjemah­kan dalam acara peragaan pakaian ‘Sundu Kinabalu’ dengan harapan memberi inspirasi seterusnya mendapat perhatian daripada warga Ranau.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang juga Adun Paginatan Datuk Siringan Gubat Sambil memuji dan mengucapka­n tahniah kepada KDCA Cawangan Tanah Rataberasa di atas kejayaan menganjurk­an program berkenaan.

Beliau berharap program seumpama itu dapat dicontohi oleh cawangan KDCA yang lain bagi memberi impak positif kepada masyarakat.

“Program seperti ini menjadi satu landasan kukuh kepada masyarakat bukan sahaja kepada KDCA. Ia melahirkan idea kreatif dan inovatif tanpa menyisihka­n nilainilai estetika, dengan menghasilk­an rekaan busana yang menarik, berdaya saing serta boleh dikomersil­kan.

“Saya harap program ini akan menjadi pengorak langkah yang berkesan bagi mencapai kecemerlan­gan yang lebih besar pada masamasa mendatang,” katanya.

Beliau turut mengharapk­an agar menerusi program itu akan membuka ruang dan peluang kepada KDCA untuk mengkomers­ilkan produk serta hasil karya kreatif yang dihasilkan.

Turut berucap pada majlis itu ialah Pengerusi KDCA Cawangan Tanah Rata Ranau yang juga Pengerusi Penganjur Kereen Domi.

Sementara, kenamaan lain yang turut hadir termasukla­h Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Presiden KDCA Pusat Datuk Dr Othman Minudin.

Turut disampaika­n ialah sijil penghargaa­n kepada para Usahawan Rintis KDCA Ranau.

““Program

seperti ini menjadi satu landasan kukuh kepada masyarakat bukan sahaja kepada KDCA. Ia melahirkan idea kreatif dan inovatif tanpa menyisihka­n nilainilai­estetika,dengan menghasilk­an rekaan busana yang menarik, berdaya saing serta boleh dikomersil­kan.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N koir oleh KDCA Cawangan Tanah Rata Ranau dan jawatankua­sa pelaksana karnival.
PERSEMBAHA­N koir oleh KDCA Cawangan Tanah Rata Ranau dan jawatankua­sa pelaksana karnival.
 ??  ?? ANTARA pasangan yang memperagak­an pakaian rekaan kreatif.
ANTARA pasangan yang memperagak­an pakaian rekaan kreatif.
 ??  ?? ANTARA pasangan yang memperagak­an pakaian tradisi Kadazandus­un.
ANTARA pasangan yang memperagak­an pakaian tradisi Kadazandus­un.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia