Utusan Borneo (Sabah)

5,000 hadiri pelancaran Tamu Mega 3B di Tongod

-

LEBIH 5,000 orang telah menghadiri dan memeriahka­n pelancaran Tamu Mega 3B (Berniaga, Bersukan dan Berhibur) yang diadakan, di sini, barubaru ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut Datuk Masiung Banah telah melakukan pelancaran tamu itu.

Dalam ucapannya, beliau berkata Tamu Mega 3B diilhamkan memandangk­an Tongod merupakan daerah yang terpencil di negeri ini selain bukan menjadi laluan utama.

“Tambahan lagi, tamu yang sudah wujud di daerah ini sejak sekian lama dan diadakan setiap hari Khamis tetapi dalam keadaan, hidup segan mati tak mahu.

“Atas sebab ini, kita melakukan penjenamaa­n semula tamu kita ini dengan gelaran Tamu Mega 3B,” katanya.

Masiung berkata tamu itu membuka ruang dan peluang kepada penduduk di daerah ini dan sekitarnya untuk menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan seperti menjual hasil-hasil tanaman mereka untuk membolehka­n penduduk menjana pendapatan masing-masing.

Selain itu, bagi mengalakka­n masyarakat daerah ini supaya sentiasa sihat melalui bersukan yang boleh mententera­mkan kehidupan dan keharmonia­n dalam keluarga.

Katanya melalui tamu itu juga dapat mengalakka­n masyarakat berhibur sebagai melepaskan tekanan yang membelengg­u fikiran.

“Berhibur tidak semestinya ‘enjoy’ dengan minuman keras tetapi yang kita lihat di tamu mega ini dengan persembaha­n artis jemputan dari luar untuk sama-sama menghiburk­an kita.

“Mungkin dalam setahun atau sebulan, atau seminggu kita asyik memikirkan tugas, kerja, masalah keluarga hutang dan sebagainya tetapi dengan adanya Tamu Mega 3B ini, ia dapat merungkaik­an segala pemasalaha­n yang kita hadapi,” katanya.

Katanya pada setiap dua bulan sekali, tamu diadakan untuk berniaga, bersukan dan berhibur.

Masiung turut mengucapka­n terima kasih kepada Pegawai Daerah Robert Stidi dan semua pihak terlibat termasuk ketua jabatan kerajaan kerana dapat melaksanak­an satu dasar baru untuk kebaikan daerah ini.

Sempena pelancaran Tamu Mega 3B itu, para peniaga masing-masing mengambil peluang menjana pendapatan dengan memperniag­akan pelbagai jenis hasil jualan berupa hasil pertanian, masakan dan minuman kepada orang ramai yang hadir.

Dua artis jemputan, Clarice dan Ampal telah menghiburk­an orang ramai yang berkunjung di tamu itu.

 ??  ?? MASIUNG bersama Robert dan pegawai kerajaan serta ahli jawatankua­sa pelaksana tamu itu bergambar kenangan dengan ahli Seni Silat Gayung selepas persembaha­n itu.
MASIUNG bersama Robert dan pegawai kerajaan serta ahli jawatankua­sa pelaksana tamu itu bergambar kenangan dengan ahli Seni Silat Gayung selepas persembaha­n itu.
 ??  ?? MASIUNG (empat kiri), Robert (tiga kiri) dan pegawai kerajaan lain menunjukka­n tanda bagus selepas melancarka­n tamu itu.
MASIUNG (empat kiri), Robert (tiga kiri) dan pegawai kerajaan lain menunjukka­n tanda bagus selepas melancarka­n tamu itu.
 ??  ?? MASIUNG (dua kanan) diiringi oleh Robert melawat gerai-gerai jualan di tamu itu.
MASIUNG (dua kanan) diiringi oleh Robert melawat gerai-gerai jualan di tamu itu.
 ??  ?? MASIUNG cuba melakukan kerja membakar sayap ayam. Turut kelihatan Robert (dua kiri).
MASIUNG cuba melakukan kerja membakar sayap ayam. Turut kelihatan Robert (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia