Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Kelab Belia Suku Tinagas akan dilancarka­n di Ranau

-

PERSATUAN Kelab Belia suku Tinagas yang merangkumi lapan kampung sekitar daerah ini dijangka akan dilancarka­n pada 25 Mac ini.

Ia akan dilangsung­kan di perkaranga­n Sungai Sugut Kampung Malinsau (Bulukunon) kira-kira 60 kilometer dari pekan, yang akan dirasmikan ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Jackson Musi ketika beliau dan rombongan ahli persatuan itu mengadakan kunjungan kehormat ke atas Ewon di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Menurut beliau pelancaran berkenaan dilakukan bagi mengumpul semua belia suku Tinagas seluruh daerah ini dengan tujuan memupuk silaturahi­m dan perpaduan antara satu dengan lain di samping mengenali para pemimpin dengan lebih rapat lagi.

Beliau turut menjemput semua suku Tinagas dari seluruh Sabah untuk menyaksika­n pelancaran itu yang turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Antara aktiviti menarik pada pelancaran itu termasukla­h persembaha­n atlet bina badan, persembaha­n nyanyian, peragaan pakaian tradisi oleh belia dan beliawanis Tinagas serta pertanding­an kereta pacuan empat roda.

“Selain itu, persatuan ini juga akan menganjurk­an pertanding­an bola sepak 9 sebelah dan sukan rakyat seperti tarik tali, rampanau dan pertanding­an tarian magunatip,” katanya.

Penaung persatuan kelab berkenaan, Joespat Majail berkata pada malam sebelum pelancaran itu, suku Tinagas juga akan berpeluang mendengar ceramah Hak Asasi Tanah Penduduk Asal (NCR).

Pada kunjungan itu, Ewon berkenan menyerahka­n cek berjumlah RM5,000 sebagai sumbangan beliau kepada persatuan berkenaan.

Turut serta dalam kunjungan itu, Timbalan Pengerusi Sanir Tumas, Bendahari Maslah Rompado, Setiausaha Leester Dalimon serta Pegawai Perhubunga­n Parlimen Ranau Alyiu Zinin.

 ??  ?? EWON (duduk, tiga kiri), Jackson (empat kiri) dan Joespat (dua kiri) bersama belia Tinagas pada kunjungan itu.
EWON (duduk, tiga kiri), Jackson (empat kiri) dan Joespat (dua kiri) bersama belia Tinagas pada kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia