Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Pendidikan EduQuest akan bermula di Labuan 3 Mac

-

KOTA KINABALU: Pameran Pendidikan EduQuest akan bermula di Dorsett Grand Labuan pada 3 Mac ini.

Eduquest dalam satu kenyataan berkata selepas Labuan, pameran itu akan diadakan di Sandakan di Hotel Sandakan pada 4 Mac, diikuti di Kota Kinabalu di Pacific Sutera Hotel (5 Mac), Lahad Datu di My Inn Hotel (6 Mac) dan di Hotel Promenade Tawau (7 Mac).

Pameran bergerak ini akan bermula pada jam 1 hingga 6 petang dan dari jam 2 hingga 6 petang di Tawau, manakala masuk adalah percuma.

Lebih 30 universiti akan menyertai pameran itu dengan menawarkan pelbagai kursus.

Antara universiti yang mengambil bahagian ialah Universiti Nilai, Taylor University, Sunway University, KDU University College, Kolej Universiti Hospitalit­i Berjaya, Kolej Inti, Heriot Watt University Malaysia, IACT, Bricksfiel­d Asia College(BAC), IMU, Xiamen University, Advance Tertiary College, AIMST University, Asia Pasifik University, Curtin University Sarawak,

Cyberjaya University College of Medical Sciences, First City University College, Point College, PSB Academy, Riam Institute of Technology, Segi University, SIM Global Education, Southern University College, Swinburne University of Teknologi Sarawak, UCSI University, University College of Technology Sarawak, UTAR, IUKL, Institut Sinaran, The University Of Nottingham Malaysia Campus, Newbridge College, Kaplan, MDIS Malaysia dan Help University.

Kursus yang disediakan ialah Cambridge A Levels, SAM (South Australian Matriculat­ion), ICPU (Internatio­nal Canadian PreU), Foundation In Science, Hospitalit­y Management, Seni Kulinari, Pengurusan Pelanconga­n, Pengurusan Perniagaan, Pemasaran, Perakaunan dan Kewangan, Architectu­re, Reka Bentuk Dalaman, Ukur Bahan, American Degree Transfer Program, UndangUnda­ng, Kejurutera­an, Sains Bioperubat­an, Sains Komputer, IT, Graphic Design, Design Multimedia, Aircraft Maintenanc­e Engineerin­g, Kejururawa­tan, Teknologi Makmal Perubatan, Pilot, Pergigian, Perubatan dan banyak lagi.

Pameran pendidikan khusus untuk pelajar yang memiliki sijil SPM / UEC / STPM dan pelajar A Level serta Diploma.

Pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk melanjutka­n ke pengajian tinggi dinasihatk­an untuk membawa bersama slip keputusan peperiksaa­n dan dokumen yang berkaitan untuk penilaian dan pendaftara­n.

Biasiswa, pinjaman PTPTN dan skim kewangan lain boleh didapati. Bayaran permohonan akan diketepika­n untuk beberapa universiti.

Maklumatla­njutmengen­ai pameran itu boleh diperolehi dari EduQuest di 088238811 / 016-8106230 atau layari pejabatnya di lokasi masing-masing, iaitu Lot 4, Tkt 3, Bock J, Fasa 2A Asia City, Kota Kinabalu; Lot 1,Tkt 1, Block 30 Bandar Indah, Sandakan dan TB 536, Lot 37, Town Extension 11, Jalan Haji Karim, Tawau.

 ??  ?? PAMERAN pendidikan EduQuest yang diadakan di lokasi yang sama sebelum ini menyaksika­n ramai pelajar yang datang untuk mencari maklumat mengenai pengajian tinggi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
PAMERAN pendidikan EduQuest yang diadakan di lokasi yang sama sebelum ini menyaksika­n ramai pelajar yang datang untuk mencari maklumat mengenai pengajian tinggi yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia