Utusan Borneo (Sabah)

Sedcovest mohon tambah peruntukan

Untuk kendali kursus keusahawan­an

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn Bhd M oh d Amir Karim meminta agar kerajaan dapat menambahka­n lagi peruntukan kewangan kepada Sedcovest bagi memberi peluang kepada usahawan di negeri ini menyertai kursuskurs­us keusahawan­an.

Menurut beliau pada masa ini, kursus yang dijalankan oleh Sedcovest terpaksa dihadkan penyertaan­nya pada setiap kursus dan latihan yang dijalankan.

“Pihak Sedcovest mengambilk­ira kewangan yang amat terhad pada setiap penganjura­n kursus dan latihan kemahiran kepada para usahawan di negeri ini,” katanya ketika berucap menutup Kursus Peningkata­n Usahawan Mikro di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Katanya pada setiap kursus yang diadakan oleh Sedcovest, sambutan dari segi penyertaan oleh usahawan di negeri ini amat menggalakk­an tetapi disebabkan kewangan yang begitu terhad hanya sebilangan kecil sahaja yang diambil untuk menyertai kursus.

Amir berharap agar kerajaan negeri dapat menambahka­n lagi peruntukan kewangan kepada Sedcovest bagi meningkatk­an lagi prestasi para usahawan melalui kursus yang diadakan di seluruh negeri ini.

Kursus anjuran Sedcovest itu telah disertai oleh 15 usahawan dan dikendalik­an oleh penceramah daripada Sedcovest, Rodzariah Awang dan Institut Pendidikan Guru (IPG), Abdul Kadir Abdul Azis.

Turut hadir, Eksekutif Bahagian Pembanguna­n Usahawan Sedcovest Jahan Yaakub, Pegawai Latihan Sedcovest Suhaili Wahab, Penghulu Kursus Siti Norhafizah Masito dan kakitangan Sedcovest.

Amir berkata bumiputera yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamany­a untuk mengharung­i cabaran dan dugaan dunia perniagaan.

Katanya ia berlaku pada tiga atau empat dekad yang lalu, di mana kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakan orang.

“Ini kerana, peluangpel­uang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati,” katanya.

Katanya kebanyakan berpendapa­t bahawa keusahawan­an adalah sesuatu yang sukar dan ia merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan kerajaan.

Malahan, katanya, tidak salah jika dikatakan bahawa golongan bumiputera yang menceburi bidang keusahawan­an adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatka­n pekerjaan.

“Namun pada masa kini, kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampu­an dan bertaraf antarabang­sa serta pekerja mahir adalah tinggi.

“Dalam pembanguna­n pesat ekonomi sekarang, keperluan dalam meningkatk­an penyertaan bumiputera dalam kegiatan perindustr­ian dan perdaganga­n telah menjadi satu kesedaran umum.

“Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus untuk terus menggerakk­an negara ke arah perindustr­ian dan perdaganga­n,” katanya.

Amir berkata selaras dengan itu juga, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat itu ialah melalui bantuan dan sokongan kepada pembanguna­n Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatk­an jumlah simpanan negara dan menjimatka­n tukaran wang asing, mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatk­an kemahiran dalam kalangan tenaga kerja baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatk­an arus pemindahan teknologi asing.

Menurut beliau walaupun IKS lebih kecil sifatnya berbanding dengan industri besar, ia bukan bermakna bahawa sektor kecil itu tidak mempunyai sebarang keistimewa­an.

Katanya penglibata­n yang meluas dalam pelbagai sektor, termasukla­h dalam sektor perkhidmat­an pembinaan, pengangkut­an dan pembuatan menjadikan I K Spa ling berpotensi untuk dibangunka­n.

“Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat ahli ekonomi dan kerajaan yang berkeyakin­an penuh terhadap keupayaan IKS, mereka yakin jika sektor itu diberi peluang sewajarnya, ia tidak mustahil akan muncul sebagai pemangkin dalam kegiatan perindustr­ian.

“Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengakui hakikat ini. Dalam kertas ucapan ‘Malaysia: The Way Forward’, beliau yakin bahawa IKS boleh menjadi medan asas kepada kelahiran usahawan pada masa hadapan.

“Persoalann­ya, adakah ilmu asas untuk memulakan perniagaan ada pada setiap usahawan kecil sederhana bumiputera? Seseorang yang ingin menguruska­n sebuah perniagaan, memerlukan pengetahua­n berkenaan asas pengurusan, pemasaran, kewangan, teknologi maklumat, pengurusan operasi dan sebagainya,” katanya.

Amir berkata pemahaman mendalam berkenaan perkara itu membantu individu menjayakan perniagaan yang diceburi.

Katanya Se d c o v e s t memainkan peranan untuk memberikan latihan dan ilmu keusahawan­an agar dapat membantu bakal usahawan dan yang sedia ada untuk mengembang­kan perniagaan dengan lebih teratur.

Menurut beliau Sedcovest bukan sahaja membantu dari segi kursus latihan, malah turut menyediaka­n premis perniagaan di seluruh negeri yang menawarkan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Beliau berharap segala ilmu yang dicurahkan di sepanjang kursus itu oleh para penceramah yang amat berpengala­man, akan memberi panduan dalam usaha peserta untuk menjadi usahawan yang mempunyai daya saing dan ilmu keusahawan­an yang boleh digunapaka­i.

Pihak Sedcovest mengambilk­ira kewangan yang amat terhad pada setiap penganjura­n kursus dan latihan kemahiran kepada para usahawan di negeri ini. MOHD AMIR KARIM Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn Bhd

 ??  ?? AMIR (tiga kanan) bersama para penceramah, pegawai Sedcovest dan peserta kursus itu.
AMIR (tiga kanan) bersama para penceramah, pegawai Sedcovest dan peserta kursus itu.
 ??  ?? JAHAN menerima cendera kenangan daripada Siti Norhafizah.
JAHAN menerima cendera kenangan daripada Siti Norhafizah.
 ??  ?? SITI Norhafizah (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rodzariah Awang.
SITI Norhafizah (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Rodzariah Awang.
 ??  ?? ABDUL Kadir menerima cendera kenangan daripada Siti Norhafizah diperhatik­an oleh Amir (dua kanan).
ABDUL Kadir menerima cendera kenangan daripada Siti Norhafizah diperhatik­an oleh Amir (dua kanan).
 ??  ?? AMIR menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.
AMIR menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia