Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran pengguna mantapkan ekonomi negara: Musbah

-

KOTA BELUD: Membentuk kesedaran dalam kalangan pengguna akan memantapka­n ekonomi negara pada masa hadapan, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli.

Beliau berkata pembentuka­n berkenaan adalah satu agenda yang berkepenti­ngan tinggi dalam usaha kerajaan untuk melaksanak­an satu aliran ‘Pengguna Perkasa’.

“Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamany­a apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya, kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri.

“Justeru, marilah kita sebagai pengguna bersamasam­a memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalanka­n tanggungja­wab sosial kita dan juga memartabat­kan diri kita sebagai ‘Pengguna Bestari’,” katanya.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmilka­n Program Ceramah dan Dialog Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Tun Said, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Sabah Aslani Dabi, Pegawai Daerah Gari Itam, Ketua Cawangan KPDNKK Tuaran Adil Naqiuddin Syarif Usman dan Presiden Caps James Baga.

Musbah berkata fenomena kenaikan harga barangan keperluan itu bukanlah satu masalah yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi satu permasalah­an global hari ini.

Oleh itu, katanya, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebat­kan lagi dalam usaha untuk menangani apa jua krisis berkaitan yang berkemungk­inan akan timbul pada masa depan.

“Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga pasaran.

“Selain itu, akta undangunda­ng perlindung­an pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindung­an jangka panjang kepada pengguna,” katanya.

Musbah berkata kementeria­n yang telah dipertangg­ungjawabka­n oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementeria­n terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin.

“Kerajaan juga ikut serta memberi pengetahua­n dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubala­n rang undang-undang Akta Perlindung­an Pengguna 1999 dan penubuhan Mahkamah Tribunal Pengguna,” katanya.

KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) yang berkuatkua­sa pada 11 Jun 2009.

Bidang tanggungja­wab KPDNKK termasuk pengawalse­liaan perdaganga­n dalam negeri, perlindung­an hak-hak pengguna, perlindung­an harta intelek, dan pendaftara­n serta penyeliaan perniagaan.

Dalam menjalanka­n tanggungja­wab itu, KPDNKK menggubal dan mengkaji dasar berkaitan perdaganga­n dalam negeri, memantau harga barangbara­ng perlu dan menjalanka­n aktiviti penguatkua­saan bagi mewujudkan suasana perdaganga­n dalam negeri yang sihat. KPDNKK juga bertanggun­gjawab menyelaras dasar, pelesenan, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamata­n industri petroleum, petrokimia dan gas.

 ??  ?? MUSBAH (tengah) menunjukka­n semangat 1Malaysia bersama peserta Program KPDNKK peringkat Kota Belud.
MUSBAH (tengah) menunjukka­n semangat 1Malaysia bersama peserta Program KPDNKK peringkat Kota Belud.
 ??  ?? MUSBAH (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Ketua Kelab Pengguna Sekolah Roslan Mansor.
MUSBAH (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Ketua Kelab Pengguna Sekolah Roslan Mansor.
 ??  ?? MUSBAH(tigakiri)menyampaik­ansijilkep­adapenyumb­ang Program Friends of KPDNKK.
MUSBAH(tigakiri)menyampaik­ansijilkep­adapenyumb­ang Program Friends of KPDNKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia