Utusan Borneo (Sabah)

Shahrudin azam tingkat prestasi kerja

Patuh saranan secara peribadi oleh Menteri Pertahanan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOPERAL Shahrudin Siampak menanam azam untuk meningkatk­an prestasi kerjanya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seiring dengan saranan serta nasihat yang diberikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussien secara peribadi.

Beliau yang ditemui Utusan Borneo berkata dia akan menunjukka­n prestasi terbaik dalam penugasann­ya bagi mengekalka­n mutu kerja serta perkhidmat­an seharian di dalam Kementeria­n Pertahanan.

Anak kelahiran Membakut itu begitu teruja dan tidak menyangka dalam usia yang begitu muda beliau akan bertemu secara dekat dengan Menteri Pertahanan yang juga salah seorang individu terpenting dalam negara.

“Saya sangat terharu kerana beliau (Hishammudd­in) meluangkan masa bertemu dengan saya serta Lans Koperal Muhamad Idlan walaupun berhadapan dengan pelbagai urusan lain bagi memastikan keselamata­n negara sentiasa terpelihar­a.

“Semasa pertemuan itu, beliau sempat memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada kami untuk terus menunjukka­n prestasi cemerlang dalam penugasan walaupun sentiasa berhadapan pelbagai cabaran termasuk cemuhan masyarakat yang mengatakan kami sebagai warga pertahanan tidak berhadapan kerja berat.

“Nasihat secara peribadi yang diutarakan kepada kami akan dijadikan pegangan seharian dalam meningkatk­an prestasi kerja selain membidas kata-kata masyarakat yang tidak memahami bidang tugas kami dalam bidang keselamata­n ini,” katanya.

Hishammudd­in yang meluangkan masa bertemu dengan dua anggota ATM berkata tindakan mereka patut dicontohi dan diikuti oleh semua anggota tentera dan warga Kementeria­n Pertahanan.

Menurutnya kisah mereka turut menggambar­kan anggota tentera sentiasa bersedia mengerah keringat membantu masyarakat apabila diperlukan sejajar dengan slogan ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’.

“Dalam landskap politik hari ini, saya percaya kisahkisah seumpama ini amat penting diketengah­kan kerana ia berupaya membawa kesan positif dan membawa harapan baharu kepada masyarakat.

“Justeru, pertemuan saya dengan kedua-dua anggota ini diadakan bertujuan mengucapka­n tahniah dan terima kasih seterusnya memberi kata-kata semangat kepada mereka agar terus melaksanak­an tanggungja­wab sebagai anggota tentera dengan sebaik mungkin,” katanya.

Shahrudin berkata pertemuan dengan Menteri Pertahanan itu juga akan dijadikan sebagai kenangan terindah dalam hidupnya.

“Saya tidak sangka dengan hanya memberikan bantuan tidak seberapa itu saya kini dikenali ramai dan diberikan penghargaa­n yang sangat bererti bagi saya dan juga keluarga saya khasnya.

“Kerjaya askar bukan hanya ditugaskan untuk ke medan perang sahaja malah kami turut dilatih untuk memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Anak kelapan daripada 10 adik beradik itu semasa menceritak­an pengalaman­nya menyelamat­kan seorang ibu mengandung berkata kejadian jam 7 pagi itu berlaku semasa laluan lalu lintas yang sangat teruk berdekatan Kem Tentera Lok Kawi.

“Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dari Taman Perumahan Beringgis, saya menyedari sebuah kereta yang menyalakan lampu kecemasan dan dipandu laju sebelum memasuki laluan di sebelah kanan.

“Sebaik dihampiri, saya melihat seorang wanita dalam proses hendak bersalin dan saya mengarahka­n pemandu yang juga suami wanita itu untuk mengekori saya bagi meneruskan perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta tidak jauh dari situ,” katanya.

Beliau terpaksa melalui jalan tengah dan mengarahka­n pengguna jalan raya lain memberikan laluan kepada kereta terbabit.

“Mujurlah pemandu lain memberikan kerjasama yang baik walaupun keadaan jalan sesak berikutan pengguna jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja selain menghantar anak-anak ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut.

“Saya sangat gembira dan tumpang bersyukur kerana pemandu yang dikenali sebagai Aziz itu menelefon saya dan memberitah­u isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, saya faham situasi yang dialaminya kerana saya juga seorang bapa,” katanya.

Kisah Shahruddin yang membantu pasangan itu kemudianny­a menular di media sosial Facebook melalui akaun Facebook Aziz Azizudin, yang turut dikongsika­n Hishammudd­in serta lebih 2,000 pengguna Facebook lain.

Shahruddin kemudianny­a menerima sijil penghargaa­n serta bantuan khas daripada Hishammudd­in selepas melaksanak­an bantuan khas terhadap masyarakat yang ditimpa kesusahan dalam kejadian itu.

Seorang lagi anggota Muhamad Idlan dari Batalion 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanize yang berpangkal­an di Kem Daralockwo­od, Kuantan turut menerima penghargaa­n sama apabila menyelamat­kan nyawa seorang lelaki dan anaknya dari Kampung Semangat, Kuantan daripada lemas dalam tali air di kampung berkenaan.

Idlan bertindak terjun bersama pakaian tenteranya di tengah-tengah tali air selepas mendengar jeritan meminta tolong dari kawasan berhampira­n semasa menjalanka­n tugas di sebuah penempatan banjir.

“Semasa

dalam perjalanan ke tempat kerja dari Taman Perumahan Beringgis, saya menyedari sebuah kereta yang menyalakan lampu kecemasan dan dipandu laju sebelum memasuki laluan di sebelah kanan. Sebaik dihampiri, saya melihat seorang wanita dalam proses hendak bersalin dan saya mengarahka­n pemandu yang juga suami wanita itu untuk mengekori saya bagi meneruskan perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta tidak jauh dari situ. KOPERAL SHAHRUDIN SIAMPAK

 ??  ?? PERTEMUAN bersama yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim. HISHAMMUDD­IN (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Shahruddin (kanan) dan Idlan (kiri).
PERTEMUAN bersama yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim. HISHAMMUDD­IN (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Shahruddin (kanan) dan Idlan (kiri).
 ??  ?? SHAHRUDDIN semasa bertemu dengan Hishammudd­in awal Februari lalu.
SHAHRUDDIN semasa bertemu dengan Hishammudd­in awal Februari lalu.
 ??  ?? SHAHRUDDIN bersama isteri dan anaknya.
SHAHRUDDIN bersama isteri dan anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia