Utusan Borneo (Sabah)

Wan Shades tarik balik saman terhadap pemilik blog Rotikaya.com

-

PENYANYI utama kumpulan ‘Shades’, Wan Shades menarik balik saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang didakwa menfitnahn­ya.

Pada 31 Mac tahun lepas, Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 44, memfailkan saman fitnah terhadap Nor Hamzie Md Hambali, 32, dengan mendakwa pada 20 Feb 2012, Nor Hamzie telah menerbitka­n sebuah artikel berunsur fitnah dalam blog itu yang mendakwa plantif merogol anak tirinya.

Peguam Mohamad Lokman Abd Rahman yang mewakili defendan (Nor Hamzie) memberitah­u media bahawa plaintif (Mohamad Faizal) menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkan­nya semula.

Katanya, Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membenarka­n permohonan plaintif untuk menarik balik saman itu atas alasan ia melibatkan isu undangunda­ng.

Beliau berkata demikian selepas kes itu disebut di dalam kamar hakim dengan dihadiri peguam Nik Farhan Nik Mohd Tahir bertindak bagi pihak plaintif yang turut mengesahka­n perkara itu.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Mohamad Faizal mendakwa perkataan yang diterbitka­n dalam artikel itu jelas merujuk kepadanya dengan nama sebenar dan gambarnya juga telah dimuat naik dan diterbitka­n dalam blog itu, yang boleh dibaca oleh pengguna Internet.

Penyanyi itu mendakwa perkataan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan suspek utama yang merogol anak tirinya sedangkan beliau tidak pernah mempunyai anak tiri dan juga tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh polis atau didakwa di mahkamah berhubung kejadian rogol. — Bernama

 ??  ?? WAN SHADES
WAN SHADES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia