Utusan Borneo (Sabah)

The Crew lancar album kedua ‘Diatu Ila’

- Oleh RENO BENJAMIN

THE Crew telah melancarka­n album kedua mereka berjudul ‘Diatu Ila’ pada 25 Februari lepas, bertempat di Sing Kwong Mall, Jalan Salim.

Berlangsun­g sederhana tetapi menghiburk­an, majlis pelancaran dilakukan bersama oleh Pengurus Allen Tinggie Trading Sdn Bhd, Hereward Gramong, Pengurus Kompleks Sing Kwong, John Yip serta Penolong Pengurus Projam Music Studio, CT Projam.

Album kedua The Crew selepas album pertama bertajuk ‘Protagonis’, diedarkan oleh Allen Tinggie Trading Sdn Bhd serta diterbitka­n oleh Projam Music Studio.

‘Diatu Ila’ memuatkan tujuh buah lagu iaitu ‘Diatu Ila’, ‘Nangi’, ‘Enda Betah’ (menampilka­n Penny Prescilla), ‘Beserara’, ‘Pulai Ke Menua’ serta sebuah lagu Melayu berjudul ‘Patah Sayapku’.

Turut dimuatkan ialah lagu ‘Nadai Agi 2016’, yang dirakamkan semula serta menampilka­n Hairee Francis sebagai pemain keyboard.

Lagu ‘Nadai Agi’ yang sebelum ini dimuatkan dalam album Protagonis bersama vokalis lama, Phillies, telah mengangkat nama kumpulan The Crew yang kini dianggotai oleh Edward (vokalis), Ajis (gitaris), Cyril (bassist) dan

A-one (drummer).

Menurut Ajis, beliau amat gembira kerana The Crew telah berjaya mengeluark­an album kedua, selepas lebih setahun bertungkus lumus menghasilk­annya.

“Kehadiran album ‘Diatu Ila’ ini membolehka­n kita terus berkongsi muzik dengan semua peminat serta kepada semua yang telah memberikan sokongan selama ini,” ujarnya kepada Utusan Borneo.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Allen Tinggie Trading Sdn Bhd kerana telah memberi peluang kepada The Crew mengeluark­an album di bawah syarikat.

“Terima kasih juga kepada semua di Projam Studio yang telah bertungkus lumus menyiapkan album ini serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Kepada semua peminat, teruskan memberi sokongan sepertiman­a sokongan yang diberikan semasa The Crew mula menceburi bidang industri muzikini sehingga kita berjaya menghasilk­an album kedua.

“Pastikan peminat mendapatka­n album yang ori,” ujar Ajis yang turut berbangga dengan anggota The Crew yang telah berjaya mengharung­i segala pahit manis serta kekal bersatu sehingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia