Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah ditenggela­mi banjir

29 murid, 13 guru dan enam kakitangan SK Long Sobeng dipindahka­n

-

MIRI: Seramai 29 murid asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sobeng, Hulu Tinjar bersama 13 guru dan enam kakitangan sekolah (bukan guru) dipindahka­n ke rumah panjang Long Sobeng pada Ahad.

Ini berikutan paras air mendadak naik sehingga mencecah bumbung sekolah tersebut.

Pengurusan sekolah memberitah­u, mereka terpaksa memindahka­n semua murid dan kakitangan sekolah termasuk guru ke rumah panjang terletak di kawasan lebih tinggi demi keselamata­n memandangk­an paras air semakin naik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau mengakui banjir melanda kawasan Telang Usan awal tahun ini adalah antara terburuk dan pada masa ini dianggarka­n lebih 10,000 orang penduduk terjejas akibat banjir.

Ia menenggela­mkan sebahagian besar rumah panjang mereka yang kebanyakan­nya di kawasan rendah dan pinggir Sungai Baram serta Tinjar.

“Selain masalah banjir semakin buruk melanda kawasan Telang Usan awal tahun ini, aspek keselamata­n murid dan guru menjadi taruhan apabila berdepan situasi sukar dan berbahaya,” katanya di sini.

Selain banjir menenggela­mkan bangunan sekolah sehingga mencecah bumbung, jambatan kayu menghubung­kan rumah panjang dengan SK Long Kevok di Apoh turut runtuh dan dihanyutka­n arus deras menyebabka­n murid dan guru tidak dapat turun ke sekolah.

“Terdapat dua jambatan di Long Kevok dan saya sudah menyuaraka­n bahawa penduduk memerlukan jambatan besi kukuh dan jambatan gantung lebih bagus di SK Long Luteng bagi memudahkan rakyat khususnya anak-anak ke sekolah.

“Sehubungan itu, saya minta Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg campur tangan dan terlibat dalam usaha membantu rakyat di Telang Usan,” katanya.

Antara kampung dilanda banjir berdasarka­n laporan ketua kaum masing-masing ialah Long Bedian, Long Atip, Long Tujang, Long Buang, Long Bemang, Long Loyang, Long Batan, Long Aton, Long Sobeng, Long Anyat, Long Luteng, Long Puak dan Long Lama.

De n ni s yang melawat sekitar kawasan di Telang Usan berkata perjalanan beliau agak lambat kerana kebanyakan jalan menghubung­kan rumah panjang ditenggela­mi air menyebabka­n pihaknya terpaksa bergantung kepada bot-bot sahaja.

Pasukan pemantau diketuai beliau sendiri turut melibatkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan tentera membawa bekalan makanan ke kampungkam­pung di Long Wat dan sekitar Apoh serta di Long Anyat, Patah.

Dennis memberitah­u, beliau sentiasa berhubung dengan Bilik Operasi Banjir di Pejabat Daerah Telang Usan, Long Lama bagi menerima laporan dari semasa ke semasa daripada ketua-ketua kaum.

Sambil menyeru pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan keselamata­n dan sentiasa bersiap sedia, Dennis turut mengingatk­an penduduk berwaspada terutama paras air semakin naik dengan arus deras.

“Dengan keadaan hujan masih turun lebat di seluruh Telang Usan kita menjangkak­an situasi kali ini menjadi lebih teruk tetapi kita berdoa agar dihindarka­n daripada bencana dan perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Sehingga kini, belum ada pusat pemindahan banjir dibuka bagi kawasan Telang Usan kerana penduduk kampung memilih tinggal di bahagian atas atau tingkat atas bangunan rumah panjang mereka yang majoriti dibina dua tingkat.

“Selain

masalah banjir semakin buruk melanda kawasan Telang Usan awal tahun ini, aspek keselamata­n murid dan guru menjadi taruhan apabila berdepan situasi sukar dan berbahaya.” DENNIS NGAU Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan

 ??  ??
 ??  ?? BANJIR menenggela­mkan SK Long Sobeng dengan air mencecah bumbung sekolah pada Ahad.
BANJIR menenggela­mkan SK Long Sobeng dengan air mencecah bumbung sekolah pada Ahad.
 ??  ?? KEADAAN SK Long Sobeng yang ditenggela­mi air.
KEADAAN SK Long Sobeng yang ditenggela­mi air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia