Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dinasihati menyemak dahulu maklumat di media sosial

-

LIMBANG: Orang ramai dinasihati agar menyemak dahulu maklumat diterima melalui media sosial sebelum disebarkan kepada orang lain bagi mengelak timbulnya fitnah dan maklumat tidak sahih yang boleh mengeruhka­n ketenteram­an di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata tindakan tidak bertanggun­gjawab sesetengah pihak kerap menyebar maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang multimedia seperti dikenakan kepada individu sebelum ini.

“Kita gemar berkongsi maklumat daripada media sosial yang belum tentu kesahihann­ya kepada orang lain.

“Sebarang maklumat diterima perlu disemak terlebih dahulu kebenarann­ya sebelum berkongsi dengan orang lain,” katanya pada Pertanding­an Juran Kugiran sempena Program Sehati @ RTM di Dataran Jubli Emas di sini barubaru ini.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Limbang Selamat Jati Yanjah, Ketua Penolong Pengarah Siaran Radio RTM Sarawak Faridah Sulong dan Pemangku Pengurus Stesen RTM Limbang Ahmad Drahman.

Paulus berkata, RTM perlu meneruskan usaha dan pendekatan terbaik menarik pendengar dan penonton setia ketika menghadapi persaingan media elektronik dan sosial lain.

Katanya RTM perlu tampil dengan idea terkini dan tidak ketinggala­n dalam memaparkan isu-isu dan berita terkini.

“RTM memainkan peranan penting dan sentiasa relevan sepanjang zaman membangunk­an masyarakat dari segi budaya, ekonomi, sosial, industri, pertanian dan sebagainya.

“Malah, RTM juga merupakan media arus perdana yang menyampaik­an dasar dan agenda kerajaan kepada masyarakat terutama di pedalaman dan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, lagu ‘Jaket Biru’ dan ‘Ikrar Perwira’ membawa tuah kepada kumpulan Survive apabila dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Juran Kugiran dengan membawa pulang RM1,200 dan piala.

Sementara itu, kumpulan D Boket selaku naib juara membawa pulang RM1,000 dan piala manakala kumpulan Fortaste meraih tempat ketiga menerima RM800.

Pada program itu, Paulus mengumumka­n peruntukan sejumlah RM35,000 kepada RTM Limbang di bawah geran Dr Abdul Rahman dan RM20,000 peruntukan daripada beliau sendiri.

 ??  ?? PAULUS (tiga kiri) memotong kek sambil disaksikan Ahmad (dua kiri), Faridah (empat kiri), Selamat (kanan) pada Pertanding­an Juran Kugiran sempena Program Sehati@RTM di Limbang.
PAULUS (tiga kiri) memotong kek sambil disaksikan Ahmad (dua kiri), Faridah (empat kiri), Selamat (kanan) pada Pertanding­an Juran Kugiran sempena Program Sehati@RTM di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia