Utusan Borneo (Sabah)

Ingatkan generasi muda agar pelihara keamanan

-

MIRI: Menteri Muda Pengangkut­an Darat dan Udara dan Keselamata­n Datuk Lee Kim Shin meminta golongan tua mengingatk­an generasi muda khususnya anak, cucu dan cicit tentang pentingnya memelihara keamanan negeri ini.

Menurutnya, golongan warga emas adalah generasi terdahulu yang menyemai keamanan melalui semangat perpaduan, persefaham­an dan saling menghormat­i antara kaum sehingga membentuk negeri aman damai.

“Justeru, keamanan ini harus dipelihara dan dipupuk kalangan generasi muda dan sebagai golongan tua dan warga emas yang merintis keamanan itu, mereka hendaklah mengingatk­an anak-anak dan cucucucu tentang pentingnya mengekalka­n keamanan.

“Dengan adanya keamanan dan kestabilan maka Sarawak dapat membangun dengan pantas,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri di sini pada Isnin.

Sambil mengimbas semula detikdetik beliau masih muda turut dialami golongan emas, Lee berkata jika dahulu penduduk sukar bergerak jauh kerana jalan raya terhad dan begitu juga pembanguna­n infrastruk­tur tidak banyak dapat dinikmati mereka.

Sebaliknya hari ini, Sarawak memiliki pelbagai pembanguna­n malah semakin rancak berkembang dan semua itu berlaku dengan pantas kerana kestabilan dan keamanan negeri ini meskipun mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Lee turut memuji usaha PAWE Miri menganjurk­an majlis itu yang membuktika­n perpaduan kalangan ahlinya serta semangat muhibah dalam meraikan sambutan perayaan pelbagai kaum.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n peruntukan berjumlah RM10,000 untuk PAWE Miri bagi membantu menganjurk­an pelbagai aktiviti di pusat warga emas tersebut.

Sementara itu, PAWE Miri turut mengadakan kejutan untuk Lee dengan meraikan sambutan hari jadi beliau yang ke-67 tahun semalam.

Turut hadir pengerusi PAWE Miri, ketua-ketua kaum serta ahliahli jawatankua­sa pusat aktiviti itu dan warga emas berdaftar dengan pusat itu.

 ??  ?? LEE (barisan depan, enam kiri) bersama warga emas PAWE Miri meraikan sambutan hari jadi beliau pada 27 Februari.
LEE (barisan depan, enam kiri) bersama warga emas PAWE Miri meraikan sambutan hari jadi beliau pada 27 Februari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia