Utusan Borneo (Sabah)

Swasta diharap bantu promosi TMS 2017

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) berharap lebih banyak sektor swasta di sini tampil dengan inisiatif tersendiri mempromosi­kan Tahun Melawat Sibu 2017 (TMS 2017).

Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jemain berkata penglibata­n sektor swasta mempromosi­kan TMS 2017 memberi manfaat besar kepada syarikat mereka sendiri.

Oleh itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Pengarah Urusan Daesim Emporium Sdn Bhd Datuk Lau Ngie Hua kerana melancarka­n Kempen TMS 2017 di Star Mega Mall di sini pada Isnin.

“Melalui usaha ini, lebih ramai berkunjung ke pusat beli-belah terbabit untuk merakam gambar kenangan sekali gus mempromosi­kan perniagaan mereka.

“Saya mewakili MPS merakamkan penghargaa­n kepada beliau (Lau) kerana mengambil inisiatif membantu mempromosi­kan TMS 2017,” katanya selepas majlis pelancaran itu semalam.

Pada majlis itu, Star Mega Mall membina patung Bubu yang merupakan maskot TMS 2017 di pusat beli-belah itu sebagai usaha mempromosi­kan TMS 2017.

Maskot Bubu turut dikeliling­i replika makanan tempatan popular di Sibu seperti dabai, manggis, cempedak, pakupakis, ulat mulong, sagu dan lain-lain.

Selain itu, papan tanda TMS 2017 besar turut dibina di hadapan pusat beli-belah tersebut.

Ditanya mengenai maklum balas sektor swasta lain, Rogayah berkata penyertaan diterima kini sangat menggalakk­an.

Beliau mendedahka­n, seramai 80 pemandu pelancong daripada Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia akan mengadakan perjumpaan di Sibu tidak lama lagi.

“Pelawat-pelawat seperti ini sepatutnya mengadakan program mereka di tempat lain tetapi apabila mereka mendengar mengenai TMS 2017, mereka terus memilih Sibu,” katanya.

Di samping itu, program TMS 2017 bukan program setahun sahaja sebaliknya mengharapk­an kesan positif sektor pelanconga­n Sibu dalam jangka panjang.

Sementara itu, Lau ketika ditemui berkata pusat belibelah mereka merupakan pertama tampil dengan inisiatif mempromosi­kan TMS 2017.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak pusat beli-belah di sini mengikut jejak langkah mereka supaya Sibu tersenarai dalam buku pelanconga­n Malaysia.

Hadir sama pengerusi bersama TMS 2017 Kaunselor Wong Hie Ping.

 ??  ?? Dua kiri WONG, Rogayah, Lau dan yang lain melakukan simbolik pelancaran Kempen TMS 2017 di Star Mega Mall Sibu.
Dua kiri WONG, Rogayah, Lau dan yang lain melakukan simbolik pelancaran Kempen TMS 2017 di Star Mega Mall Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia