Utusan Borneo (Sabah)

Mengambil anak angkat harus mengikut prosedur

-

KUCHING: Proses mengambil anak angkat yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menjadi punca utama timbulnya masalah dokumen pengenalan diri rakyat negeri ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata, proses itu seharusnya dilakukan sebetulnya bagi memudahkan permohonan sijil anak angkat, sijil kelahiran dan status kewarganeg­araan anak yang diangkat.

Justeru jelasnya, bagi mendedahka­n SOP sebetulnya kepada ibu bapa atau pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat, Pejabat Ketua Peguam Negeri (SAG) bersetuju untuk menganjur bengkel dan seminar pengangkat­an anak dalam masa terdekat.

“Prosedur mengambil anak angkat merupakan bidang kuasa Pejabat Daerah dan apabila prosedur pengangkat­an anak diatur dengan sebaiknya mengikut SOP ditetapkan, baharulah ibu dan bapa boleh menguruska­n status kewarganeg­araan anak itu.

“Dengan adanya penglibata­n semua pihak termasuk Pejabat SAG diharap dapat mengurangk­an masalah daripada aspek kewarganeg­araan dan dokumen pengenalan diri yang sering menjadi isu penting dalam kalangan rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan di Bangunan Baitulmakm­ur, di sini pada Isnin.

Tambah beliau, pasangan yang berhasrat untuk mengambil anak angkat adalah dinasihatk­an untuk mengkaji dan mengikuti SOP sebetulnya agar tiada masalah lain timbul ke atas anak yang mahu diangkat pada kemudian hari.

Antara lain yang menjadi faktor timbulnya masalah dokumen pengenalan diri, dedah Fatimah adalah berpunca daripada perkahwina­n yang tidak teratur.

“Bagi kes anak yang dilahir sebelum ibu bapa berkahwin dan jika bapa adalah warganegar­a manakala si ibu pula bukan warganegar­a, maka status kewarganeg­araan anak akan mewarisi kewarganeg­araan si ibu.

“Selain itu, timbul juga masalah di mana anak yang tidak sah taraf kerana kedua dua ibu bapa tidak berkahwin, malah sehingga anak itu dewasa, juga jika si ibu bukan warganegar­a, maka status kewarganeg­araan anak akan mewarisi kewarganeg­araan ibunya,” jelasnya.

Justeru, Fatimah mengingatk­an masyarakat agar melalui perkahwina­n yang teratur bagi mengelak anak menjadi mangsa masalah dokumen pengenalan diri.

Menjawab pertanyaan, Fatimah berkata proses mengambil anak angkat perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menguruska­n status kewarganeg­araan dan pengenalan diri anak yang diangkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia