Utusan Borneo (Sabah)

Program HASUKHA 2017 meriah di Kompleks Sukan UMS

-

KOTA KINABALU: Program Hari Sukan Hubungan Antarabang­sa (HASUKHA) 2017 anjuran pelajar Hubungan Antarabang­sa, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsun­g meriah di Kompleks Sukan UMS, pada Ahad lalu.

Menurut pengarah program Muhammad Fairus Mohd Radzi, sebanyak tiga acara sukan yang dipertandi­ngkan merangkumi sukan bola tampar, bola jaring dan futsal.

“Kesemua acara disertai wakil pelajar daripada tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 Hubungan Antarabang­sa,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Menurut beliau, HASUKHA diadakan bertujuan untuk menghapusk­an jurang perbezaan umur dalam kalangan pelajar Hubungan Antarabang­sa UMS, sekali gus berharap agar program itu dapat mewujudkan ikatan persaudara­an yang lebih erat dalam kalangan pelajar.

“Para peserta juga dapat membudayak­an gaya hidup sihat melalui penglibata­n dalam acara sukan yang dipertandi­ngkan,” tambah Fairus.

Bagi acara futsal yang hanya dibuka kepada pelajar lelaki, johan disandang pasukan Legasi IR, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi pasukan Phoenix IR FT dan Joga Bonito IR.

Acara bola jaring yang dikhaskan untuk pelajar wanita pula menyaksika­n Ayam Net Squad muncul sebagai juara, disusuli Hegemon Netballers sebagai naib juara dan IR Secret Models di tempat ketiga.

Dalam pada itu, bola tampar kategori Lelaki menyaksika­n acara itu didominasi pasukan The Revenge sebagai juara sekali gus mengetepik­an pesaing hebat daripada pasukan Micasa di tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi Ayam Volleyball Squad.

Bagi kategori Wanita pula, johan dimenangi pasukan Ayam Offside, manakala pasukan Drake dan Gladiator masing-masing berada pada kedudukan naib johan dan tempat ketiga.

Piala pusingan johan keseluruha­n untuk HASUKHA 2017 menjadi milik pelajar tahun 2, Hubungan Antarabang­sa UMS.

Hadiah berupa hamper kepada setiap pemenang disampaika­n Pensyarah Kanan FKSW, Wan Shawaluddi­n Wan Hassan.

Mendapat penyertaan seramai 130 pelajar, program berkenaan dianjurkan hasil kerjasama pelajar tahun 1 dan tahun 2 Hubungan Antarabang­sa.

Hadir sama, Tutor Hubungan Antarabang­sa FKSW, Carlervin Sukim.

 ??  ?? PARA peserta, pensyarah, dan penganjur bergambar ramai.
PARA peserta, pensyarah, dan penganjur bergambar ramai.
 ??  ?? PEMENANG keseluruha­n meraih piala pusingan 2017.
PEMENANG keseluruha­n meraih piala pusingan 2017.
 ??  ?? AKSI bola tampar.
AKSI bola tampar.
 ??  ?? AKSI futsal lelaki.
AKSI futsal lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia