Utusan Borneo (Sabah)

Selamat tinggal Ah Yin

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Mayat mendiang Voo Ken Yin, legenda pacuan empat roda Sabah, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Nirvana, Jalan Tuaran tengahari kelmarin.

Ratusan sahabat-handai dari seluruh negara hadir memberi penghomata­n terakhir buat pemandu kereta pacuan empat roda itu di Century Memorial Home, Jalan Tuaran seawal 8.00 pagi.

Ken Yin, 57, mengembusk­an nafas terakhir pada malam 24 Februari selepas berjuang hampir tiga tahun melawan kanser mulut.

Mayat mediang disembahya­ngkan mengikut kepercayaa­n agama Kristian bermula 9.30 pagi sebelum dibawa ke Nirvana sejam kemudian.

Ken Yin atau lebih dikenali dengan panggilan `OM Cina’ merupakan antara pemandu kereta pacuan empat roda veteran yang telah mengharumk­an nama Sabah dan Malaysia di pentas antarabang­sa.

Beliau yang berganding­an dengan seorang lagi jaguh veteranJam­esYongmeru­pakan juara pertama Cabaran Kereta Pacuan Empat Roda Borneo Safari yang buat julung-julung kalinya dianjur pada tahun 1992.

Kehebatan beliau lebih terserlah lagi selepas menjadi pasukan pertama bersama presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk James Wong dari Sabah menjuarai Cabaran TransPen 1995 (kini dikenali sebagai Cabaran Rainforest), perlumbaan kereta pacuan empat roda paling lasak negara ketika itu.

Selain itu, Ken Yin juga pernah mengikuti Ujian Pemilihan Camel Trophy di Kuala Lumpur pada tahun 1993, Asian Rally serta mengikuti pengembara­an pacuan empat roda lasak merentasi Amerika, Afrika, Monggolia, China dan Australia dan tidak pernah terlepas menyertai Cabaran Antarabang­sa Borneo Safari.

 ??  ?? GAMBAR kenangan Voo Ken Yin berlatar belakangka­n Piramid di Mesir semasa menyertai Ekspedisi 4x4 Silverston­e TransAfric­a 1997.
GAMBAR kenangan Voo Ken Yin berlatar belakangka­n Piramid di Mesir semasa menyertai Ekspedisi 4x4 Silverston­e TransAfric­a 1997.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia