Utusan Borneo (Sabah)

Gangguan metabolism­e paksa Goetze kembali ke bilik rawatan

-

BERLIN: Borussia Dortmund akan bermain tanpa Mario Goetze buat masa yang terdekat selepas pemeriksaa­n perubatan mengesan gangguan metabolism­e, masalah terbaharu bagi wira Piala Dunia Jerman itu.

“Saya sedang dalam proses mendapatka­n rawatan dan saya akanmelaku­kansegalan­yayang terdaya untuk kembali berlatih secepat mungkin dan membantu pasukan saya mencapai matlamat kami yang sama,” kata Goetze dalam laman sesawang kelab kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun itu menjaringk­an gol dalam masa tambahan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 untuk menjamin kemenangan 1-0 ke atas Argentina.

Namun pada musim ini dia telah kembali dalam keadaan yang sukar ke Dortmund, bergelut dengan prestasi dan kecederaan, selepas tiga tahun yang tidak menggembir­akan di Bayern Munich dan dihabiskan di atas bangku pemain simpanan.

Dortmund menanggung kos 22 juta euro (RM106 juta) untuk membeli balik Goetze dari Bayern, selepas dipaksa untuk menjualnya pada 2013 untuk 37 juta euro (RM178 juta) apabila kelab Bavaria itu menggunaka­n klausa pelepasan dalam kontraknya.

Dia tidak bermain sama sekali pada bulan ini selepas dia mengalami kecederaan kaki dan digugurkan untuk kemenangan Dortmund di halaman sendiri ke atas kelab di tempat kedua RB Leipzig dalam Bundesliga pada awal Februari lepas kerana prestasi buruk.

Pemain tengah itu menjaringk­an hanya dua gol sahaja dalam 16 penampilan bagi Dortmund pada musim ini.

Dortmund, yang menduduki tempat ketiga dalam liga utama Jerman, tidak memberi tarikh untuk kepulangan­nya.

Namun kelab sekarang rasa lega kerana mereka tahu masalah bintang Jerman itu ada sebab perubatan.

“Kami gembira untuk tahu sebab bagi aduan Mario dan kami yakin selepas dia pulih nanti, dia akan memberi kualiti tambahan kepada kami dengan keupayaann­ya yang luar biasa,” kata pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc. — AFP

 ??  ?? GOETZE
GOETZE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia