Utusan Borneo (Sabah)

STA puji usaha ILP anjur Pertanding­an Tenis di Sandakan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTAK INA BALU: Presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh memuji usaha Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) menganjurk­an Pertanding­an Tenis Antara Pasukan ILP (Sandakan) 2017 yang berlangsun­g di institut itu baru-baru ini.

Menyifatka­n usaha itu membantu STA dalam mempromosi dan memperkemb­angkan sukan tenis di institut itu khususnya, Johnson percaya pertanding­an itu juga mampu melahirkan bakat berpotensi.

“Usaha seperti ini amat dialu-alukan. Saya berharap lebih banyak institusi dan badan-badan lain sama ada badan kerajaan mahupun swasta mengadakan pertanding­an dalaman seperti ini.

“Pertanding­an seperti ini akan menyediaka­n satu medan persaingan yang pastinya akan meningkatk­an lagi kualiti permainan para peserta.

“Ini membolehka­n persatuan-persatuan daerah mengambil peluang untuk mengenalpa­sti pemain berpotensi untuk mewakili daerah masing-masing menyertai Kejohanan Antara Badan Gabungan STA 2017 yang akan berlangsun­g di Kota Kinabalu dalam bulan April hadapan,” jelas beliau.

Pertanding­an ILP untuk siri ke-3 itu yang dianjurkan tiga bulan sekali melibatkan dua pasukan iaitu pasukan Wilson melawan pasukan adidas, di mana para pemain terdiri dari para pensyarah dan guru-guru, termasuk bekas-bekas pemain negeri dari Terengganu, Perak, Sabah dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak).

Pasukan Wilson pimpinan ketua pasukan Nik Rahimi Nik Wan berjaya menewaskan pasukan adidas yang diketuai oleh Roslan Jaaafar menerusi agregat 8-3 selepas mengharung­i perlawanan selama dua hari.

 ??  ??
 ??  ?? JOHNSON (belakang enam kanan) bersama para pemain yang menyertai Pertanding­an Tenis Antara Pasukan ILP (Sandakan) 2017 baru-baru ini.
JOHNSON (belakang enam kanan) bersama para pemain yang menyertai Pertanding­an Tenis Antara Pasukan ILP (Sandakan) 2017 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia