Utusan Borneo (Sabah)

Perlu ikhlas, mahir dan bijak

Peringatan Ketua Menteri kepada semua pentadbir koperasi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Keikhlasan, kemahiran dan kebijaksan­aan merupakan elemen yang perlu ada pada barisan kepimpinan dalam mentadbir urus sesebuah koperasi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata koperasi bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat sebaliknya ia telah lama wujud sejak dari dahulu lagi.

Katanya penubuhan koperasi di negeri ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan, bagaimanap­un banyak juga yang gagal dan tidak maju.

“Adalah menjadi harapan bagi semua ahli agar koperasi yang disertai beroleh dividen serta keuntungan. Semua ini boleh dicapai sekiranya koperasi itu dtadbir dengan baik dan ikhlas.

“Sebagai kerajaan, kita juga akan membantu koperasi mengikut keperluan. Sememangny­a, banyak ruang dan peluang yang telah disediakan kerajaan pusat dan negeri.

“Oleh itu, kita mesti mengambil dan menggunapa­kai peluang ini dengan sebaik mungkin. Ini adalah antara harapan kerajaan untuk melihat koperasi diwujudkan dapat berjalan lancar sekaligus memberi manfaat kepada ahlinya,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Mantap Libaran Berhad (KMLB), di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Zakaria Mohd Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong dan Pengerusi Penaja KMLB Haji Otoh Sibik.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa mengingatk­an Ahli Lembaga Jawatankua­sa dilantik mengenai pentingnya kepimpinan untuk menjaga wang dan amanah anggota dengan baik dan penuh integriti.

Menurutnya kepimpinan yang beramanah dan fokus kepada objektif koperasi amat penting untuk memastikan tadbir urus organisasi yang cemerlang seterusnya menjamin keyakinan serta sokongan anggota akan berterusan.

Beliau percaya penubuhan koperasi akan dapat membantu kerajaan menjana sosioekono­mi anggota dan pada masa sama memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat.

KMLB akan memberi fokus kepada sembilan aktiviti termasuk pertanian, perikanan, penternaka­n, pembanguna­n, pendidikan, pelanconga­n, perhotelan dan inap desa, francais serta pemborong dan peruncitan.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah Umar Sarim Haji Saidin berkata ahli perlu yakin dengan koperasi disertai selain menyokong penuh sebarang aktiviti yang dirancang demi kebaikan mereka.

“Terdapat sesetengah pihak ingin menyertai sesebuah koperasi hanya selepas koperasi itu berjaya. Persepsi ini perlu diubah kerana setiap ahli perlu yakin dengan koperasi mereka,” jelasnya.

Untuk rekod, terdapat 1,377 koperasi di seluruh negeri ini dengan 342,000 ahli. Manakala, Sandakan mempunyai sebanyak 184 koperasi dengan keahlian melebihi 38,000 orang.

“Oleh itu, kita mesti mengambil dan menggunapa­kai peluang ini dengan sebaik mungkin. Ini adalah antara harapan kerajaan untuk melihat koperasi diwujudkan dapat berjalan lancar sekaligus memberi manfaat kepada ahlinya DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat dan barisan kepimpinan KMLB.
MUSA (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat dan barisan kepimpinan KMLB.
 ??  ?? MUSA (kiri) bersalaman dengan Otoh selepas menyempurn­akan pelancaran Mesyuarat Agung Pertama KMLB.
MUSA (kiri) bersalaman dengan Otoh selepas menyempurn­akan pelancaran Mesyuarat Agung Pertama KMLB.
 ??  ?? MUSA menerima cenderahat­i daripada Otoh.
MUSA menerima cenderahat­i daripada Otoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia