Utusan Borneo (Sabah)

S’wak mahu Bintulu dijadikan hab industri gas

Cadangan kepada kerajaan pusat tingkat penyertaan rakyat Sarawak dalam aktiviti hiliran dan huluan

-

KUCHING: Sarawak memohon kepada kerajaan persekutua­n agar mempertimb­ang untuk menjadikan Bintulu sebagai hab industri gas di rantau ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, cadangan kepada kerajaan persekutua­n khasnya melalui kerjasama Petronas itu untuk meningkatk­an penyertaan rakyat Sarawak dalam industri minyak dan gas, iaitu aktiviti hiliran dan huluannya.

“Saya telah menyatakan cadangan kepada kerajaan persekutua­n khasnya Petronas mengenai perkara ini, memandangk­an simpanan minyak dan gas kita khasnya di Baram masih banyak.

“Maka itu kita mahu Petronas menjadikan Bintulu sebagai hab gas sama seperti di Pengerang, Johor Bahru yang dijadikan nadi hab industri hiliran minyak dan gas, dan saya mahu Sarawak mempunyai hab gas iaitu Bintulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis pencapaian kecemerlan­gan 1,000,000 (Sejuta) Jam Bekerja Tanpa Kemalangan di OceanMight Sdn Bhd yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni di Jalan Bako di sini, baru-baru ini.

Menurut Abang Johari, perkara itu juga telah dinyatakan kepada Petronas dan berharap semua pengeluara­n berasaskan gas sehingga industri hiliran akan ditempatka­n di Bintulu, yang mempunyai persekitar­an serta infrastruk­tur sebagai hab.

“Sebagai Ketua Menteri keenam, saya mahu meningkatk­an lagi penyertaan rakyat Sarawak secara aktif dalam kedua-dua aktiviti iaitu hiliran dan huluan khasnya industri minyak dan gas.

“Ini seperti mana yang dimahukan Allahyarha­m Tok Nan (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) bahawa kita akan terus memperjuan­gkan polisi yang dibawa beliau khasnya dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Kata beliau, sebagai‘ kapten’ baharu kepada kerajaan negeri bersama rakan lain yang juga Pasukan Adenan selama ini, beliau akan meneruskan dasar Tok Nan dengan mengenal pasti beberapa sektor untuk diteroka termasuk minyak dan gas. “Saya mahu mentransfo­rmasikann ekonomi konvension­al kita kepada era digital dengan memberi peluang kepada generasi muda khasnya para graduan muda.

“Untuk perkara ini, saya telah memanggil beberapa pakar antarabang­sa dalam meneliti dan memberi input serta memberi rumusan mengenai ekonomi berasaskan digital,” tegasnya.

Tambah Abang Johari, beliau akan terus mengadakan rundingan bersama kerajaan pusat dan Petronas mengenai kenaikan kadar royalti minyak dan gas daripada lima peratus kepada 20 peratus kepada negeri ini.

Majlis dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan KKB Engineerin­g Bhd dan OceanMight Sdn Bhd Datuk Kho Kak Beng dan Pengarahny­a Datuk Anwarrudin Osman.

“Maka

itu kita mahu Petronas menjadikan Bintulu sebagai hab gas sama seperti di Pengerang, Johor Bahru yang dijadikan nadi hab industri hiliran minyak dan gas, dan saya mahu Sarawak mempunyai hab gas iaitu Bintulu. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari menandatan­gani plak sebagai tanda lawatan ke OceanMight Sdn Bhd sambil disaksikan Dr Hazland (dua kanan), Dr Sim (tiga kiri), Kho Kak Beng (empat kiri) dan Anwarrudin (kiri) serta tetamu jemputan lain.
ABANG Johari menandatan­gani plak sebagai tanda lawatan ke OceanMight Sdn Bhd sambil disaksikan Dr Hazland (dua kanan), Dr Sim (tiga kiri), Kho Kak Beng (empat kiri) dan Anwarrudin (kiri) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia