Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola tidak perlukan khidmat Hart di City

-

MANCHESTER, England: Pep Guardiola membayangk­an bahawa kerjaya penjaga gol antarabang­sa England bersama Manchester City sudah berakhir, tidak kira apa jua prestasi beliau di Torino.

Hart menyerlah dalam Serie A Itali sejak tiba untuk kontrak pinjaman pada bulan Ogos setelah digugurkan dari skuad utama City oleh Guardiola.

Guardiola membuat keputusan setibanya beliau di kelab pada bulan Julai di mana Hart tidak sesuai dengan corak permainan beliau.

Claudio Bravo dibeli dari Barcelona sebagai pengganti Hart tetapi penjaga gol antarabang­sa Chile itu juga kurang menyerlah dan hilang tempat kepada Willy Caballero, penjaga gol sokongan kelab, dalam beberapa minggu yang lalu.

Namun apabila ditanya jika ada peluang Hart akan kembali, Guardiola hanya menggeleng kepala dan berkata: “Saya sangat gembira dengan Willy dan Claudio.”

Guardiola menjelaska­n bahawa beliau berpuas hati dengan Bravo dan Caballero sebagai penjaga golnya musim hadapan. Ia bermakna menyelesai­kan kontrak baharu untuk Caballero, 35, dengan kontrak semasa beliau berakhir pada bulan Jun. “Ada lima, enam pemain yang akan tamat kontrak tetapi mereka tahu situasinya. Sudah tentu ada risiko, mungkin mereka boleh menandatan­gani kontrak dengan kelab lain dan kami harus menerimany­a. Tetapi kami akanmembua­t keputusan pada beberapa bulan terakhir musim,” kata Guardiola.

Mengenai kemungkina­n mendapatka­n seorang lagi penjaga gol pada musim panas, Guardiola menambah: “Saya akan membuat keputusan pada akhir musim. Saya mempunyai kepercayaa­n tinggi dengan kedua-dua pemain ini dan kami akan membuat keputusan di akhir musim – bukan tentang penjaga gol sahaja, tentang pemain tengah, pemain sayap, penyerang dan pertahanan. Kami akan membuat keputusan nanti.”

Ditanya jika beliau mungkin akan memulakan musim baharu dengan hanya Bravo dan Caballero sebagai penjaga gol senior, beliau berkata: “Ya.”

Guardiola bersetuju dengan kontrak tiga tahun untuk membimbing City pada bulan Julai dan beliau mendapat sokongan Sheikh Mansour, pemilik kelab. Guardiola memulakan proses mengubah kelab untuk menjadi salah sebuah kelab yang mampu mencabar kejuaraan Liga Juara-Juara setiap musim, selain turut membawa bakat terbaik menerusi akademi kelab. Bagaimanap­un, beliau mengakui bahawa menyesuaik­an diri dengan bola sepak Inggeris merupakan cabaran besar dan berdepan dengan kemungkina­n menamat- kan musim tanpa sebarang kejuaraan buat kali pertama dalam kerjayanya sebagai jurulatih. Memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelihatan sudah berakhir dengan City ketika ini ketinggala­n 11 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea, walaupun masih ada kemungkina­n kejayaan dalam pertanding­anpiala. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GUARDIOLA (kanan) ditemani kaki tangan kejurulati­hannya memantau para pemain berlatih ketika mengendali­kan sesi latihan di Akademi Bolasepak Manchester City di Manchester, England dalam gambar fail bertarikh 20 Februari lepas.
— Gambar AFP GUARDIOLA (kanan) ditemani kaki tangan kejurulati­hannya memantau para pemain berlatih ketika mengendali­kan sesi latihan di Akademi Bolasepak Manchester City di Manchester, England dalam gambar fail bertarikh 20 Februari lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia