Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Vietnam, Indonesia dituduh bunuh Kim Chol

-

SEPANG: Dua wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas pertuduhan membunuh Kim Chol, seorang warga Korea Utara, di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas.

Siti Ais ya h ,25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, kira-kira 9 pagi, pada hari berkenaan.

Pihak berkuasa telah mengesahka­n pembawa pasport yang tertera dengan nama Kim Chol adalah sebenarnya Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Siti Aisyah yang memakai baju merah dan Doan Thi Huong, 28, memakai baju kuning, tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira 9.34 pagi, dikawal ketat anggota polis dan Unit Tindakan Khas.

Kedua-dua wanita itu yang kelihatan tenang dan bersahaja, dibawa masuk ke bilik prosiding secara berasingan kira-kira pukul 10 pagi dari tangga bawah terus menuju ke dalam kandang tertuduh dengan tangan bergari.

Selepas nama masing-masing dipanggil, kedua-dua tertuduh terus berdiri di dalam kandang tertuduh dan suasana senyap begitu ketara, di mahkamah itu, yang memuatkan 30 wakil media tempatan dan antarabang­sa, serta wakil daripada kedutaan Indonesia dan Vietnam.

Siti Aisyah merupakan tertuduh pertama dan Thi Huong, tertuduh kedua.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Terdahulu Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad memohon supaya pertuduhan dibacakan dan diterangka­n kepada keduadua tertuduh.

Selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Indonesia oleh jurubahasa Indonesia, Siti Aisyah mengangguk faham.

Siti Aisyah juga turut mengesahka­n namanya seperti dalam pertuduhan Muhamad Iskandar meminta tempoh enam minggu bagi membolehka­n pihaknya mendapatka­n dokumen berkaitan kes itu sebelum ia dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Seorang daripada peguam yang mewakili Siti Aisyah, Gooi Soon Seng bangun dan memohon perintah melarang polis dan saksi berpotensi yang lain daripada membuat kenyataan akhbar yang boleh melibatkan dan menjejaska­n anak guamnya daripada mendapat perbicaraa­n yang adil.

“Permohonan ini bagi memastikan hak untuk perbicaraa­n yang adil bagi anak guam saya kerana kenyataan berkenaan adalah subjudis,” katanya.

Muhamad Iskandar berkata beliau menyerahka­n kepada mahkamah untuk memutuskan­nya.

Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret membenarka­n permohonan itu.

Bagi kes bunuh, kes sepatutnya disebut pertama kali di Mahkamah Majistret dan pengakuan tidak diambil daripada tertuduh.

Pengakuan akan direkodkan semasa kes itu disebut di Mahkamah Tinggi

Bagi Thi Huong, selepas pertuduhan dibacakan dia menjawab, “I understand, but

no killing,” (saya faham tapi tiada pembunuhan).

Bagaimanap­un mahkamah meminta supaya tertuduh yang diwakili peguam S. Selvam menjawab sama ada dia faham atau tidak pertuduhan itu tanpa sebarang penjelasan.

Muhamad Iskandar turut memohon kedua-dua kes itu disebut pada tarikh yang sama dan memohon kes itu dibicaraka­n bersama di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Barisan pendakwaan juga dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa, P.Kunyalam dan Mohd Fairuz Johari.

Siti Aisyah turut diwakili empat lagi peguam iaitu S.Selvi, Azura Alias, Loke Kok Mun dan Wong Kah Hung.

Wartawan yang memasuki bilik mahkamah tidak dibenarkan membawa alat elektronik termasuk telefon bimbit.

Sebanyak empat kali saringan dan pemeriksaa­n badan dilakukan polis sebelum wartawan dibenarkan masuk ke bilik mahkamah.

 ?? GambarBern­ama ?? WARGA Indonesia Siti Aishah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 29, dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sepang kelmarin berhubung pendakwaan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.
GambarBern­ama WARGA Indonesia Siti Aishah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 29, dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sepang kelmarin berhubung pendakwaan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia