Utusan Borneo (Sabah)

Piala Itali: Napoli tewas di tangan keputusan pengadil

-

MILAN, Itali: Napoli tidak berpuas hati selepas Juventus diberikan dua tendangan penalti pada awal separuh masa kedua ketika mereka tewas 1-3 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Itali Selasa lepas.

Apa yang memburukka­n lagi keadaan, peluang Napoli mendapatka­n tendangan penalti tidak diendahkan pengadil sebelum Juventus mendapat tendangan penalti kedua.

Paulo Dybala menyempurn­akan kedua-dua tendangan penalti dengan Gonzalo Higuain menjaringk­an gol di antaranya selepas Jose Callejon meletakkan Napoli di hadapan pada masa rehat.

Ia adalah gol kedua Higuian dalam beberapa pertemuan menentang bekas kelabnya sejak menyertai Juventus pada bulan Julai – dan selepas menjaringk­an satu rekod 36 gol dalam Serie A Itali musim lepas.

Higuain sebenarnya mempunyai baki kontrak dua tahun bersama Napoli, yang tidak mahu menjual beliau tetapi terpaksa akur melepaskan pemain apabila Juventus membayar syarat pelepasan kontrak bernilai 90 juta euro.

“Malam ini, kami mengalami kekalahan kerana keputusan yang meragukan, yang memalukan serta menjejaska­n bola sepak Itali,” kata pengarah kelab Napoli, Cristiano Giuntoli.

Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri bagaimanap­un berkata dua tendangan penalti diberikan kelihatan tepat. “Dalam apa jua kes, kami tidak dapat mengurangk­an prestasi kami hanya kerana isu dua tendangan penalti,” kata beliau.

Penyerang Napoli, Arkadiusz Milik, membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama buat kelabnya sejak mengalami kecederaan serius pada bulan Oktober dan terlibat dalam satu pergerakan yang menghasilk­an gol dari Callejon pada minit ke-36.

Juventus mengikat kedudukan seminit selepas rehat apabila Kalidou Koulibaly dlihat mengasari Dybala dalam kotak penalti, membolehka­n Dybala mengikat kedudukan.

Higuain meletakkan Juventus di hadapan buat kali pertama pada minit ke-64 selepas penjaga gol Napoli, Pepe Reina gagal menangani satu hantaran lintang Juan Cuadrado.

Napoli tidak bernasib baik apabila pengadil tidak mengendahk­an rayuan tendangan penalti apabila Raul Albiol dijatuhkan dalam kotak penalti dan kekecewaan mereka semakin bertambah apabila Juventus diberikan tendangan penalti kedua selepas Reina menjatuhka­n Cuadrado.

Rakaman insiden menunjukka­n Reina menyentuh bola sebelum terkena Cuadrado tetapi pengadil tetap memberikan tendangan penalti yang disempurna­kan Dybala.

“Apa yang patut saya lakukan, biarkan sahaja dia (Cuadrado) menjaringk­an gol?,” kata Reina. “Malam ini, keputusan perlawanan ditentukan oleh keputusan pengadil, seluruh Itali menyaksika­nnya.” — Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia