Utusan Borneo (Sabah)

Kedudukan Kedutaan Malaysia di Pyongyang akan dibincangk­an: Zahid

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membincang­kan berhubung keperluan menghantar duta ke Korea Utara dan status Kedutaan Malaysia di Pyongyang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya akan bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman),” katanya ditanya pemberita sama ada kerajaan berhasrat menghantar duta ke negara itu.

Ahmad Zahid yang juga MenteriDal­amNegeridi­temui pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Ekologi Manusia Antarabang­sa 2017 di sini kelmarin.

Duta Besar Malaysia ke Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad pulang ke tanah air pada 22 Feb selepas menerima arahan daripada Wisma Putra susulan ketegangan yang timbul antara Malaysia dengan negara itu berikutan pembunuhan Kim Jongnam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb.

Jong-nam, 46, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh menggunaka­n agen saraf VX oleh dua wanita asing semasa menunggu penerbanga­n ke Macau di KLIA2.

Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara ia mengendali­kan kes itu, yang mengakibat­kan Malaysia mengisytih­arkan beliau sebagai persona non grata (PNG).

Kang Chol meninggalk­an Kuala Lumpur pada 6 Mac lepas. Korea Utara bertindak balas dengan mengisytih­arkan Duta Besar Malaysia ke Korea Utara sebagai PNG.

Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalk­an negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegar­a Korea Utara yang berada di negara ini.

Bagaimanap­un, sembilan rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalk­an Korea Utara susulan perbalahan diplomatik itu selamat pulang ke tanah air pada 31 Mac lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia