Utusan Borneo (Sabah)

‘JANGAN KELIRU, TERIKUT-IKUT’

Peringatan Musa kepada rakyat terhadap dakyah pembangkan­g

-

KUNDASANG: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu penduduk Sabah terus bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanak­an segala perancanga­n demi membangunk­an negeri itu.

Menurutnya kerajaan BN sentiasa peka dan mengambil berat terhadap keperluan dan permintaan rakyat untuk memastikan Sabah terus maju.

“Jangan kita menjadi keliru atau terikut-ikut dengan parti pembangkan­g yang mempunyai pemimpin gila kuasa untuk menjadi calon serta kecewa terhadap parti terdahulu.

“Sebaliknya rakyat perlu terus bersama dengan kerajaan BN yang faham dengan kehendak rakyat,” katanya ketika berucap semasa membuat lawatan mesra di Tamu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kundasang, di sini kelmarin.

Turut hadir, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun Masidi, Anggota Parlimen Ranau, Datuk Ewon Ebin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kundasang, Datuk Dr.Joachim Gunsalam.

Menurut Musa, parti pembangkan­g hanya mengambil kesempatan mengeliruk­an rakyat dengan melemparka­n pelbagai fitnah termasuk menyatakan Yayasan Sabah bangkrap.

“Ini semuanya fitnah yang tidak berasas kerana Yayasan Sabah mempunyai aset lebih RM14 bilion dan mempunyai kewangan sebanyak RM420 juta.

“Selain itu kita ada universiti serta kolej dan banyak pelajar yang telah mendapat tajaan untuk melanjutka­n pelajaran sehingga ke luar negara... jadi macam mana mereka (pemimpin pembangkan­g) cakap Yayasan Sabah sedang tenat?” katanya.

Sementara itu, Musa juga berharap penduduk Kundasang sentiasa memastikan kawasan itu terpelihar­a dan dijaga dengan baik dari segi kebersihan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

“Kundasang adalah satu tempat yang sangat istimewa dan menjadi antara pusat tumpuan pelawat untuk datang ke Sabah.

“Ia mempunyai tarikan menarik seperti Gunung Kinabalu, cuaca yang segar serta banyak sayursayur­an serta buah-buahan. Kerajaan juga akan berusaha meningkatk­an segala infrastruk­tur untuk keselesaan para pengunjung yang datang ke sini,” katanya. -Bernama

 ?? Gambar JABATAN KETUA MENTERI ?? MUSA (tiga kiri) berjumpa dengan Pengerusi Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur Bumiputera Mariana Taliban (lima kanan) serta mendengar permasalah­an dari persatuan di pekan Kundasang kelmarin. Turut hadir, Masidi (kiri) Ewon (dua kiri) dan Joachim...
Gambar JABATAN KETUA MENTERI MUSA (tiga kiri) berjumpa dengan Pengerusi Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur Bumiputera Mariana Taliban (lima kanan) serta mendengar permasalah­an dari persatuan di pekan Kundasang kelmarin. Turut hadir, Masidi (kiri) Ewon (dua kiri) dan Joachim...
 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam lori berkenaan.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam lori berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia