Utusan Borneo (Sabah)

Portfolio baharu lebih ke arah pengagihan tanggungja­wab secara efisien

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menganggap portfolio Menteri Dengan Tugas-tugas Khas yang beliau terima Rabu lepas, lebih ke arah pengagihan tanggungja­wab secara efisien, serta menunjukka­n solidariti dalam kalangan kepimpinan kerajaan persekutua­n.

Beliau berkata spekulasi yang dibuat terutama oleh pihak pembangkan­g, lebih menunjukka­n pihak berkenaan tidak senang hati dengan kerjasama dan persefaham­an yang kukuh dalam kalangan pemimpin tertinggi termasuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Mungkin sebab mereka tak senang dengan pengumuman (pelantikan itu), kerana mereka bimbang kerjasama dan persefaham­an antara pemimpin tertinggi kita, yang menggambar­kan solidariti,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di luar Persidanga­n Dewan Negara kelmarin.

Hishammudd­in, yang juga Naib Presiden Umno, diminta mengulas dakwaan kononnya portfolio baharu itu akan menimbulka­n pergeseran antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang memangku tugas-tugas timbalan presiden parti

Bercakap lebih lanjut, Hishammudd­in berkata seperti yang beliau umumkan semalam, antara tugas khas di bawah portfolio berkenaan ialah membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memantau keselamata­n Sabah dan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), tanggungja­wab berkenaan amat penting memandangk­an ancaman pihak pengganas terutama Abu Sayyaf di selatan Filipina perlu diberi perhatian khusus.

Katanya Ahmad Zahid sendiri, yang juga Menteri Dalam Negeri, sedia maklum mengenai tugas khas berkenaan dan secara peribadi meminta beliau untuk lebih mendekati rakyat di Sabah, terutama golongan nelayan di sana yang lebih terdedah kepada ancaman pengganas.

“Agihan tugas sesama kami ini penting, kerana tak mungkin kita boleh buat segala-galanya, tetapi gandingan, pemikiran dan juga strategi, saya percaya itulah satu perkara yang cukup penting,” katanya. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? HISHAMMUDD­IN ketika sidang media mengenai kejayaan yang dicapai semasa penganjura­n LIMA 2017 di Parlimen kelmarin.
GambarBern­ama HISHAMMUDD­IN ketika sidang media mengenai kejayaan yang dicapai semasa penganjura­n LIMA 2017 di Parlimen kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia