Utusan Borneo (Sabah)

Artis tempatan & media meriahkan ‘Kami Rempuh’

Eratkan hubungan, rangsang penglibata­n gaya hidup sihat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

WALAU julung kali diadakan, program Kami Rempuh mampu mengumpulk­an artis-artis tempatan Sabah untuk bersama menjayakan aktiviti gaya hidup sihat.

Program anjuran bersama Nubornmusi­c dan Zip Borneo itu dihadiri hampir 40 peserta melibatkan artis tempatan dan pengamal media di negeri ini.

Pengarah Urusan Nubornmusi­c Aegy Pop berkata, penglibata­n semua peserta dapat mengeratka­n lagi hubungan antara satu sama lain.

Pada masa sama katanya, ia mampu merangsang penglibata­n artis dalam aktiviti gaya hidup yang lebih sihat.

“Menerusi aktiviti seperti ini, para peserta khususnya golongan artis berpeluang melakukan aktiviti yang membawa kebaikan dari aspek kesihatan.

“Kami banyak menghabisk­an masa di dalam studio selain beraksi di atas pentas. Justeru, ini peluang untuk kami mengeluark­an peluh dengan beriadah bersama-sama,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi penganjur berkata demikian selepas program Kami Rempuh yang diadakan di Zip Borneo The Adventure Centre Kiulu Tamparuli baru-baru ini.

Menurutnya, kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan memberi cabaran kepada setiap peserta.

Aegy berkata, apa yang dipelajari sepanjang proram itu akan diaplikasi­kan dalam kerjaya mereka sebagai artis sekaligus membawa manfaat kepada industri muzik tempatan.

“Melihat kepada kejayaan program ini, kami merancang untuk mengadakan lagi aktiviti sebegini pada masa akan datang.

“Ia mungkin akan melibatkan lebih ramai golongan artis sekaligus penglibata­n artis dari luar,” jelasnya.

Para peserta katanya berpeluang mencuba pelbagai kemudahan riadah antaranya ‘Flying Fox’ dan ‘Rock Climbing’.

Antara artis yang terlibat termasukla­h Aye, Emma Suhaimi, Suhada AF9, KJ Mentor, Rubisa, Sakinah vs Ondu, Aqeem 3 Juara, artis dibawah label Nubornmusi­c dan Khaliff Production, serta penyampai radio Sabah fm dan Kupi-Kupi fm.

Melihat kepada kejayaan program ini, kami merancan“g untuk mengadakan lagi aktiviti sebegini pada masa akan datang. AEGY POP Pengarah Urusan Nubornmusi­c

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN artis tempatan yang turut serta menjayakan program Kami Rempuh di Zip Borneo Kiulu.
SEBAHAGIAN artis tempatan yang turut serta menjayakan program Kami Rempuh di Zip Borneo Kiulu.
 ??  ?? ARTIS yang terlibat tidak melepaskan peluang mencuba kemudahan yang disediakan di pusat itu.
ARTIS yang terlibat tidak melepaskan peluang mencuba kemudahan yang disediakan di pusat itu.
 ??  ?? AEGY (tengah) bersama beberapa artis dan peserta yang menyertai Kami Rempuh.
AEGY (tengah) bersama beberapa artis dan peserta yang menyertai Kami Rempuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia