Utusan Borneo (Sabah)

11 restoran dikenakan tindakan undang-undang

Tiga premis diarah tutup, melanggar kesalahan kebersihan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebelas restoran makanan laut di daerah ini dikenakan tindakan undang-undang menerusi Ops Khas Premis Bersih 2017 yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Sandakan pada Isnin.

Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr. Johari Awang Besar berkata, daripada jumlah itu, tiga premis diarah tutup selepas anggota Kesihatan menemui serangga perosak iaitu lalat, lipas dan tikus di premis berkenaan.

Menurut beliau, tindakan berkenaan diambil berdasarka­n Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Sementara itu, tiga premis lagi diarah melakukan pembersiha­n selaras Seksyen 10, Akta Makanan 1983 dan lima premis lagi dikenakan kompaun dan diberi notis Seksyen 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pihaknya juga akan menjalanka­n pemeriksaa­n semula ke atas tiga buah restoran makanan laut yang tidak beroperasi semasa operasi itu berlangsun­g.

“Pemilik restoran makanan laut, restoran biasa dan juga gerai-gerai perlu mematuhi peraturan bagi menjamin makanan yang dijual kepada pelanggan adalah dijamin selamat dan bermutu.

“Kita mahu orang Sandakan disajikan dengan makanan yang bersih, selamat dan bermutu untuk mengelak keracunan makanan atau terkena jangkitan penyakit berjangkit­lainsepert­ityphoid, kolera dan dysentri,” katanya di Sandakan.

Operasi khas itu disertai seramai 29 anggota Kesihatan bersama enam anggota Unit Kesihatan Awam MPS.

“Kita

mahu orang Sandakan disajikan dengan makanan yang bersih, selamat dan bermutu untuk mengelak keracunan makanan atau terkena jangkitan penyakit berjangkit lain seperti typhoid, kolera dan dysentri. DR. JOHARI AWANG BESAR Pegawai Kesihatan Sandakan

 ??  ?? SERANGGA seperti lipas turut ditemui dalam dalam premis makanan.
SERANGGA seperti lipas turut ditemui dalam dalam premis makanan.
 ??  ?? KAWASAN kotor di dalam sebuah premis restoran makanan laut.
KAWASAN kotor di dalam sebuah premis restoran makanan laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia